MEDIA CUBA KELIRUKAN RAKYAT DALAM ISU PPSMI ~ Ref Malaysiakini

Media elektronik cuba mengelirukan rakyat Malaysia dalam isu PPSMI apabila menemuramah Penjaga dan pelajar Sekolah Kebangsaan Damansara. Sudah tentulah mereka itu tidak bermasalah dengan PPSMI kerana semua faham penjaga dan pelajar di bandar memang mahir menggunakan Bahasa Inggeris.

Persoalannya mengapa media tidak menemuramah penjaga dan pelajar di luar bandar seperti di Baling, Jeli, Hulu Tembeling, Keningau dan sebagainya. Ternyata media terus digunakan untuk menipu dan menghalalkan segala kesalahan kerajaan.

Jangan cuba mengelirukan rakyat dengan taktik kotor dan tidak telus sebegini.

Di bawah ini saya postingkan tulisan blogger angkasanuri tentang isu PPSMI dan keputusan UPSR yang diumumkan hari ini. Tulisan beliau ini menarik untuk direnungi.

UMUM MARKAH LULUS MATEMATIK DAN SAINS DALAM UPSR UNTUK BUKTI PPSMI BERJAYA (http://angkasanuri.blogspot.com)

Menteri Pelajaran,Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan sejak 2003 tidak gagal berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan pada hari ini.

"Ini bukti PPSMI ini tidak gagal tetapi saya tidak katakan dasar ini sudah lengkap atau tepat dan ia boleh diperbaiki," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan Paloh Pintu Gang di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata demikian mengulas desakan termasuk daripada tokoh akademik yang mahukan subjek Sains dan Matematik kembali diajar dalam Bahasa Malaysia bagi mengelakkan bahasa itu terpinggir.

Pada pengumuman keputusan UPSR hari ini, seramai 46,641 atau 9.2 peratus daripada 518,616 calon memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimudin Mohd Dom ketika mengumumkannya berkata keputusan itu adalah lebih baik berbanding purata 7.8 peratus yang mencapai keputusan yang sama untuk tempoh lima tahun sebelumnya.

Mengulas perkara itu, Hishammuddin berkata pada UPSR lalu, 57 peratus calon telah menjawab soalan menggunakan Bahasa Inggeris dan ia membuktikan calon juga selesa untuk menggunakan bahasa tersebut dan ia adalah satu kebanggaan kementerian.

Walau bagaimanapun untuk lebih telus dan berani , Hishamuddin harus mendedahkan berapa sebenarnya markah lulus untuk subjek matematik dan sains sebelum boleh mendabik dada dengan mengatakan bahawa PPSMI telah berjaya.

Persoalannya,adakah kerana hendak menjaga maruah dan imej kerajaan yang telah mengeluarkan belanja lebih RM 5 bilion untuk program PPSMI ini maka gred graf markah lulus telah diturunkan?

Apa guna ramai calon lulus seperti diumumkan tetapi jika markah lulus untuk subjek matematik dan sains yang diajar dalam bahasa Inggeris hanya sekitar 20%? Hanya meningkat segi kuantiti tetapi segi kualiti merudum jauh.Justeru itu, Hishamuddin perlu mendedahkan data yang sebenar tanpa berselindung untuk benar-benar membuktikan kepada umum bahawa program PPSMI ini telah berjaya.


Comments

Bang_Zai said…
Saudara,
Seandainya PPSMI gagal, kegagalan tersebut rasanya tidak terletak sepenuhnya pada pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Sebaliknya, pada pandangan saya, kegagalan tersebut berpunca daripada kelemahan pelajar menguasai B Inggeris. Dengan demikian, peranan guru B Inggeris haruslah dikaji semula dan kalau perlu ditingkatkan serta dipantau. Janganlah letakkan kegagalan PPSMI di bahu guru Sains dan Matematik semata-mata. Selain itu, apa kata kalau kelulusan B Inggeris diwajibkan dalam semua peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM? Dengan cara ini, guru dan pelajar akan pastinya memberi tumpuan yang lebih serius pada matapelajaran B Inggeris.

Sekian.
Unknown said…
apakah tujuan utama & sebenar bagi PPSMI?
nak meningkatkan tahap penguasaan bahasa english ke atau sains & mate???
George said…
Problem is the BN government did not consult education experts for opinion and execute a decision without a proper planning and research... and too many changes happen in our education system within the late 10 years and so...

Is this sort of government that we still can trust and believe them to bring a better education for our next generation??? Answer is NO if they still stubborn to admit their mistake and to introduce a good measure. So far it is total failure...

Our education system is in the wrong hand... Time to change....give us a more calibre person to chair this ministry... work for rakyat...and willing to listen to rakyat and the world... open for ideas and aim for future...not for party or own self...