KAHWIN BESAR-BESARAN, CERAI PUN BESAR-BESARAN ~ Ref Malaysiakini

Sudah menjadi resam di Malaysia kita, artis berkahwin secara besaran-besaran sehingga belanja keseluruhan mencecahkan jutaan ringgit. Wang hantaran pula berjumlah ratusan ribu ringgit. Memang betul-betul membazir.

Ada orang berkata kahwin besar-besar, belanja besar-besar untuk perkahwinan tak berkat. Sebab itulah kita lihat ramai artis-artis yang berkahwin dengan belanja besar-besar tidak lama selepas bercerai-berai secara besar-besar juga. Maksud saya dibesar-besarkan oleh media untuk melariskan jualan akhbar atau majalah mereka.

Kalau kita, pasti rasa malu untuk menceritakan masalah 'dalam kelambu' atau rumah tangga kita kepada umum tetapi tidak bagi artis kita, mereka seolah-olah berbangga apabila masalah rumah tangga di siarkan oleh media.

Media pula tidak ada sedikit pun rasa bersalah menyiarkan berita yang mengaibkan orang lain. Memang media yang tiada 'akidah dan iman'.

Selepas satu pasangan satu pasangan cerita artis bercerai-berai. Baru-baru ini cerita seorang artis berstatus janda yang berkahwin, tetapi tidak lama selepas itu beliau dilaporkan bercerai. Yang hebatnya beliau langsung tidak memberitahu siapa suaminya em em em ....

Kini cerita sepasang artis muda beranak tiga pula sedang hangat diperkatakan di dada akhbar. Macam-macam cerita disiarkan. Bergaduhlah, khalwatlah, minta cerailah dan sebagainya.

Saya nasihatkan kepada akhbar cukuplah mengaibkan maruah orang lain. Jadilah media yang beretika dan bermaruah.....

Comments

azhar said…
salam...
ana ni..memang betui akhbar kita Malysia ni bukannya menasihat..depa lebihkan nak untung saja ..tak sarie''langsung..kalau pakatan memerintah Menteri Penerangan memang banyak tanggungjawab nak tarbiah depa tu..
wassallam