SAH ISU KETUANAN MELAYU JADI SENJATA UMNO ~ Ref Malaysiakini

Jangkaan saya bahawa isu ketuanan Melayu akan dijadikan isu perkauman untuk mengalihkan tumpuan rakyat Malaysia menjadi kenyataan.

Umno dan pemimpinnya menjadikan kenyataan Pelakon Video lucah yang juga Timbalan Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek yang menolak konsep ketuanan Melayu sebagai senjata baru mereka untuk mengabui mata orang Melayu.

Taktik lama di mana MCA akan mencipta isu, Umno akan menggunakan isu tersebut untuk kepentingan politik Umno/BN menjadi kenyataan. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang di mana Umno sedang nazak dengan isu rasuah politik/politik wang, isu ekonomi negara yang parah dan sebagainya maka sudah tentu isu perkauman dan ketuanan melayu ini menjadi senjata ampuh untuk mengalihkan perhatian rakyat.

Umno/BN juga sekarang sedang gusar untuk berhadapan dengan PAS dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu. Sudah tentu mereka akan menggunakan isu ketuanan melayu ini untuk menarik sokongan pengundi Melayu.

Hari ini telahan saya menjadi kenyataan. Pemimpin Umno mula memainkan isu ini di media untuk meraih simpati dan sokongan orang Melayu. Pelbagai reaksi pemimpin Umno dimuatkan di media pengampu mereka, Utusan Meloya.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Hishammuddin Hussein menegaskan lebih baik bagi pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menyertai sahaja parti pembangkang sekiranya mahu terus mengungkit sejarah dan fakta negara.

Beliau berkata, dengan menidakkan sejarah termasuk konsep ketuanan Melayu, mereka hanya meletakkan diri dalam wajah yang sama dengan pembangkang iaitu berpolitik pada landasan kaum serta agama dan sebab itu lebih baik untuk mereka berada bersama pembangkang.
Tegas beliau, kenyataan-kenyataan yang mengungkit soal sejarah ini jika diteliti bukanlah dilakukan melalui hati yang ikhlas tetapi lebih kerana kepentingan peribadi dan politik sahaja.

Menteri ISA, Syed Hamid Albar pula berkata Orang Melayu perlu bangkit dan menghentikan segala bentuk kritikan daripada kaum lain yang mahu menolak konsep ketuanan Melayu di negara ini.

Beliau menegaskan kesedaran daripada orang Melayu perlu bagi memberi amaran kepada semua pihak bahawa perkara berkaitan ketuanan Melayu bukanlah 'jenaka yang boleh dipermainkan'.

Manakala Menteri Pengajian Tinggi, Khaled Nordin juga tidak ketinggalan untuk mencari populariti dengan membuat kenyataan menyelar pihak yang cuba mengelirukan konsep ketuanan Melayu dengan membuat kenyataan tidak bertanggungjawab.

Tegasnya, konsep ketuanan Melayu tidak ada kena mengena dengan hubungan tuan dengan hamba tetapi merujuk kepada asal usul negara ini dan kaum pribuminya daripada keturunan Melayu.

Selain menggunakan isu ini untuk mengalihkan tumpuan rakyat, pemimpin-pemimpin Umno yang gila jawatan juga mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri masing-masing untuk berkempen untuk bagi meraih kemenangan pada pemilihan Mac 2009 nanti.

Comments