ISLAM SELAMAT, SEMUA BANGSA SELAMAT ~ Ref Malaysiakini

Islam adalah agama universal. Jika Islam selamat sudah pasti semua bangsa akan selamat. Ini kerana di dalam politik Islam, orang Bukan Islam tetap dipelihara kedaulatan dan kebajikan mereka. Ini dibuktikan ketika Nabi Muhammad S.A.W menjadi pemerintah di Madinah kaum Yahudi Bani Nadir, Qainuqaq dan Quraizah hidup aman damai tanpa sebarang gangguan.

Pada zaman moden ini pula, Tuan Guru Nik Aziz membuktikan kehebatan Islam dengan memerintah Kelantan selama 18 tahun tanpa apa-apa masalah dan aduan dari rakyat Bukan Islam.

Hari iini Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tiada istilah ketuanan Melayu atau kelebihan terhadap satu bangsa ditekankan di dalam Islam.

Sebaliknya, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam merupakan agama yang universal tidak memberi sebarang keutamaan kepada mana-mana bangsa melainkan kelebihan itu akan diberikan kepada individu yang mempunyai ketakwaan yang tinggi kepada Allah s.w.t.
"Di dalam Islam tidak mengira bangsa, apa yang penting adalah takwa kepada Allah s.w.t. Tidak kiralah bangsa apa, Cina, Melayu, India dan Arab.

"Tuhan hanya melihat ketakwaan seseorang itu... kerana bila kita bertakwa kita takut kepada Allah dan menjalankan tanggungjawab kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan restoran London Fish Tales, Kota Baharu.

Comments

malayamuda said…
cukup la cakap ttg kehebatan islam
, cuba praktikkan ape yang di hebohkan..........

tengok di sekeliling anda ? Umat Islam perfect ke ?
muraisenja said…
sejarah telah membuktikan bahawa islam itu sememangnya hebat.... jika kita ikut apa yg islam ajar umat islam seluruh dunia akan sempurna... yang x sempurna tu nama saja islam(dalam ic tulis agama islam) tapi xpernah ikut apa yg islam ajar..
Wallahu a'lam
malayamuda said…
kurangkan percakapkan, tingkatkan tingkahlaku bah kata perpatah
" action speaks louder than words "

semua masalah sosial di negara kite melibatkan peratus sosial yang agak tinggi klu di bandingkan dengan bukan islam

eg
peratus penagih dadah
peratus penceraian
peratus kes ragut
peratus kes rogol
peratus kes rogol ahli keluarga sendiri
peratus dlm kes penipuan
peratus dlm kes politik wang

so, something is definately wrong !!
mas said…
..5o tahun kita dibawah pemerintahan BN.ISLAM disekat dari semua arah demi kepentingan politik mereka..
-TV ..X yang berserban tetapi ramai yang berkemban..
-Surat Khabar..toto..magnum...
-Kilang arak..Carlsberg..guinness anchor..
-Sekolah agama disekat bantuan..
-Ulama dilarang berceramah..

Alhamdulillah,
apabila PR dah dapat memerintah sebanyak 5 negeri selama baru 8 bulan ini..peluang dah terbuka..dan semestinya peluang untuk menunjukkan kehebatan Islam baru nak bermula. Dan yang penting ianya bermula dari kita sendiri..tidak adil menuding jari kepada orang lain.
Dari diri ..keluarga ..masyarakat..
Negara..
Berilah peluang pada diri sendiri untuk membuktilan bahawa Islam itu Indah dengan menyuruh yang makruf dan mencegah kemungkaran.Buat apa ALLAH suruh , tinggal apa ALLAH larang... Sama-samalah kita buktikan dalam masa 10 tahun yang akan datang @ mungkin lebih awal dari itu.Tidak adil untuk menyalahkan keadaan hari ini kerana hari ini adalah natijah dari 50 tahun yang lepas..

"Sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang berperang dijalannya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka suatu bangunan yang tersusun kukuh"
(As Saff:4)

"Sesungguhnya orang-orang zalim itu tidak dapat kemenangan"
(Al An'am:21)

"Sesungguhnya orang-orang zalim tidak dapat kemenangan"
(Yusof:21)

"sesungguhnya orang-orang zalim itu tidak mendapat kemenangan"
(Al Qasas: 37)

"Sesungguhnya ALLAH pasti menolong orang yang menolong (agama) -Nya.Sesungguhnya ALLAH benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.(iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka dibumi, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar dan kepada ALLAH kembali segala urusan"
(Al Hajj:40-41)

Rebutlah peluang KEEMASAN yang ALLAH tawarkan ...Tanyalah diri sendiri...
Maaf...