TUAN SYED AZIDI TERUS MENGGANAS ~ Ref Malaysiakini

Tuan Syed kita seorang ini terus mengganas. Seolah-olah beliau ini mengambilalih tugas Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang membongkar cerita-cerita sensasi sehingga beliau disumbatkan ke dalam Istana ISA di kamunting.

Mungkin semasa dilokap Polis baru-baru ini Tuan Syed kita ini mendapat 'spinach' ala Popeye sehingga beliau begitu berani mendedahkan satu demi satu dakwaan salahlaku orang No.1, No 2 dan isteri orang No 2. Syabas kepada Tuan Syed kita ini yang lebih mesra dengan jolokan Kickdefella.

Nampaknya seorang RPK disumbat dalam penjara keluar pula penggantinya seperti Tuan Syed kita ini.

Kali ini beliau membuat cerita bahawa isteri AlNajib, Datin Seri Rosmah Mansor menghabiskan sebanyak RM7 juta untuk membeli 14 buah jam tangan di Hong Kong. Benar atau tidak cerita ini saya pun tak pasti. Dari mana beliau dapat cerita ini saya pun tak pasti. Ini kena tanya Rosmah sendiri dan kita harap Rosmah membuat penafian tentang dakwaan Tuan Syed kita ini.

Syed Azidi Aziz atau Sheih telah menimbulkan persoalan tersebut menerusi posting terbaru beliau di blognya kickdefella.wordpress.com.

Sheih yang baru-baru ini ditahan di bawah Akta Hasutan selama empat hari turut memaklumkan bahawa jam-jam tersebut dibeli untuk dihadiahkan kepada kepada beberapa individu di beberapa kementerian. Harakahdaily menyiarkan laporan tentang isu ini hari ini.

Bagi saya apa yang penting Rosmah mesti menafikan dakwaan ini secara terbuka agar rakyat tidak memandang serong kepada Rosmah lebih-lebih lagi suami beliau dikatakan bakal menjadi Perdana Menteri (kalau ada rezeki). Jika Rosmah berdiam diri saya bimbang akan ada orang yang menyangka bahawa dakwaan Tuan Syed kita ini benar belaka, tidak ada yang lain melainkan benar belaka.

Comments