TOLONG JAWAB : ISTERI SUKA PADA MAT BANGLA ~ Ref Malaysiakini

Saya mengambil soalan ini dari sebuah akhbar harian. Gejala seperti di bawah ini sebenarnya semakin hari semakin banyak terjadi. Lebih malang lagi ada yang sudah bergelar isteri tetapi suka kepada Mat Bangla. Sementelah lagi bagi anak-anak gadis.

Mungkin fenomena ini terjadi kerana Mat-Mat Bangla ramai yang mukanya seiras Datuk Shah RUkh Khan yang menyebabkan wanita melayu ini suka dan berkenan kepada Mat-Mat Bangla ini.

Cerita di bawah adalah salah satu contoh bagaimana Mat Bangla berjaya memikat Wanita tempatan yang sudah bergelar isteri. Namun kita tidak boleh menyalahkan Mat Bangla sahaja kerana ibarat kata pepatah, kalau bertepuk sebelah tangan masakan ada bunyinya (saya reka sendiri je)....

Ceritanya begini ....

SAYA wanita sudah berkahwin dan ada ramai anak. Masalah saya ialah saya kini jatuh hati dengan seorang lelaki warga asing yang berasal dari Bangladesh.

Biarpun tahu saya sudah berkahwin, lelaki itu tetap menyatakan cintanya kepada saya.

Dalam pada itu, saya sebenarnya ada masalah dalam hubungan dengan suami saya iaitu sikapnya yang terlalu cemburu, biarpun saya belum berkenalan dengan lelaki asing itu.

Suami selalu menuduh saya ada hubungan dengan lelaki lain, sedangkan ketika itu saya langsung tidak ada hubungan dengan mana-mana lelaki.

Disebabkan perangainya yang kuat cemburu dan suka menuduh saya yang bukan-bukan itu, saya semakin suka pada lelaki Bangladesh itu.

Tolonglah saya bagaimana untuk mengatasi masalah ini.

INSAN KERISAUAN
Petaling Jaya, Selangor

Comments

assalamualaikum

bukankah lebih elok jika menggunakan bahasa yang lebih lembut?

patutkah perkataan "mat bangla" digunakan? lagi2 sesama muslim.

Pakailah perkataan Bagladeshi.

Bagi orang Indonesia pulak, perkataan Indo patut di gunakaan , bukannya Indon.
Unknown said…
Perempuan bodoh. Minta cerai kat laki kau. Kahwin la ngan bangladesh tu. Nak tengok berapa lama kau tahan.