SUDAH DIDUGA, RAZAK BAGINDA DIBEBASKAN ~ Ref Malaysiakini

Memang telah diduga, teman rapat AlNajib akan dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh Altantuya.

Akhirnya ramalan ini tepat apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan penganalisa politik Abdul Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantayua Shaariibuu.

Bagaimanapun, dua anggota polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia itu diperintah membela diri.

Sebentar tadi, Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin memutuskan pihak pendakwa gagal membukti kes prima facie terhadap penganalisis politik tanah air berusia 48 tahun itu.

Bagaimanapun Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) diarah supaya membela diri atas tuduhan yang dihadapi.

Mohd Zaki akan mengumumkan tarikh perbicaraan bela diri bagi kedua-dua tertuduh berkenaan sebentar lagi.

Mahkamah Tinggi Shah Alam mula bersidang pukul 9.35 pagi tadi.

Kes berprofil tinggi itu berlarutan selama 151 hari sejak November 2006, melibatkan pihak pendakwa mengemukakan 84 orang saksi.

Pembebasan ini memang tidak menghairankan kerana sejak dari awal penangkapan Razak Baginda, ramai pemerhati percaya beliau sudah pasti dibebaskan. Malah perjalanan perbicaraan juga dilihat banyak kontroversi seolah-olah ada yang tidak kena terhadap kes ini.

Razak Baginda merupakan orang kuat AlNajib sejak dari dahulu.

Gambar : Tapak dan kesan Altantuya dibunuh dengan kejam menggunakan bom C4 yang langsung tidak disiasat siapa yang membenarkan ia dikeluarkan dari stor.

Comments

Unknown said…
Abg, I dah sgt kecewa dgn Malaysia kerana ianya bakal diperintah oleh seorang pemimpin yang tak jujur dan penuh dgn skandal.

Dalam kes Saifu: Dia membohong!
Dalam kes Bala: Dia menipu
Dalam kes Pusrawi: Dia memutarbelit
Dalam kes Eurocopter: Dia myalahgunakan kuasa dan menipu


Apa Mat Monggol tu mau sebenarnya? Dia dah cukup kaya dgn komisen ni tu, nak kais apa lagi dari rakyat Malaysia lagi?