SPEAKER TUNJUK KUASA, GANTUNG KARPAL SINGH DUA HARI ~ Ref Malaysiakini

Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia hari ini menunjukkan yang dirinya memang seorang Pendikar dan berani menggantungkan Ahli Parlimen Bukit Gelugor selama 2 hari.

Isu ini bermula apabila Karpal tidak berpuashati dengan kata-kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang disifatkan oleh Karpal sebagai menghina Orang Kurang Upaya (OKU) dengan menuduh Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) sebagai buta.

Karpal menyatakan bahawa Nazri tidak sensitif terhadap OKU dengan menggunakan perkataan buta dalam ucapannya.

Dalam ucapannya Karpal berkata Menteri telah menghina OKU dan beliau mewakili OKU mahukan menteri itu menarik balik kata-katanya.

Pertikaman lidah antara Karpal dan menteri itu mengundang Speaker untuk mencelah dan menyatakan Nazri tidak melakukan sebarang kesalahan di mana menurutnya Nazri tidak menggunakan perkataan 'buta' itu untuk merujuk kepada OKU.

Karpal yang tidak berpuashati terus berkata kepada speaker bahawa awak todak serius dan main-main (dengan isu ini).

Pandikar yang memberi amaran kepada Karpal supaya menarik balik kata-katanya, Namun Karpal tetap mengulangi bahawa Speaker tidak serius dan main-main.

Akhirnya tanpa berfikir panjang Pandikar terus mengambil keputusan menggantung Karpal selama dua hari dari menghadiri sidang parlimen.

Tindakan speaker Dewan Rakyat ini jelas berat sebelah dan tidak dilakukan secara berhati-hati. Mungkin Karpal tidak faham bahasa kiasan atau sindaran yang digunakan Nazri dalam ucapan itu. Adalah lebih baik Karpal ditenangkan serta diberi penerangan yang secukup-cukupnya supaya beliau faham.

Sesungguhnya keputusan Speaker ini membuktikan bahawa beliau berat sebelah dan tidak professional dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Comments

help_linemy said…
ASSALAMMUALAIKUM,

sya tidak bersetuju sekali dengan ungkapan spaker berat sebelah,sebagai wakil rakyat dan orang yang berilmu,sepatutnya karpal singh tidak boleh berkata demikian.kalu semua wakil rakyat macam karpal,tidak ayat yang boleh di gunakan. bayangkan kalau perkataan yang merungkap peribahasa digunakankan dan disalah anggap?
pada saya karpal saya mencetus masalah,walhal dia tahu ayat yang digunakan tidak mermaksud menghina OKU.saja untuk menarik perhatian kerana kurang promosi kepada beliau sekarang ini,sebagai orang yang berilmu,karpal sepatutnya memahami ayat yang digunakan.sebagai penulis blog berpegalaman,TUAN sepatutnya memahami bukan hanya menuduh speaker berat sebelah. sekiranya TUAN di pihak speaker,apa tindakan TUAN?
SEKIAN
Anonymous said…
Tindakan saya, meminta menteri menarik balik perkataan buta kerana saya sudah masak dengan perangai Nazri Aziz memang seorang samseng