SEMUA ORANG HENDAK BERTANDING JAWATAN TINGGI, CARI PUBLISITI ~ Ref Malaysiakini

Di dalam Umno jika anda mengenali orang atas dan orang atas mengenali anda, maka anda boleh hidup senang. Ini kerana Umno menjanjikan projek, kontrak, business dan sebagainya. Dalam Umno rasuah, kroni, nepotisme, duit bawah kapet dan semuanya seolah-olah halal dan tidak salah di sisi undang-undang.

Sebab itu ahli-ahli Umno berlumba-lumba ingin bertanding apa juga jawatan bagi memastikan mereka mendapat peluang business dan sebagainya.

Sebab itu dua tiga hari ini semakin ramai pemimpin yang kurang dikenali menampilkan diri bertanding jawatan tertinggi parti. Yang pertama anak kesayangan Tok Mat Bekas Menteri Penerangan, Nur Jazlan Mohamad Ahli Parlimen Pulai yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.

Malah hari seorang pemimpin Umno cawangan pula memberanikan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden jika ada pencalonan untuknya. Beliau ialah Ketua Umno Cawangan Kampung Ubai, Pekan Mohammad Hanapi Salleh mengumumkan hasrat bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti Mac tahun depan, sekiranya mendapat pencalonan.

Mohammad Hanapi, 53, yang memegang jawatan Ketua Umno cawangan itu sejak 32 tahun lepas berkata pertandingan dalam parti mencerminkan demokrasi masih hidup di dalam Umno dan ia merupakan satu perkembangan positif.

Setiap ahli, katanya berhak bertanding bagi manamana jawatan jika mempunyai kelayakan dan sokongan mencukupi.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) dan Umno memerlukan perubahan dan diperkukuhkan supaya seluruh lapisan masyarakat dapat menerima dan memberi sokongan padu kepada parti itu.

Mohammad Hanapi pernah membawa usul tergempar supaya Timbalan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak bertanding jawatan Presiden Umno pada mesyuarat cawangan itu sebelum ini.

Saya menjangkakan selepas lebih pemimpin cawangan yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan tinggi kerana mungkin mereka seronok kalau nama mereka terpampang dalam akhbar, nanti semua orang kenal.

Comments