ROMBAKAN KABINET : UMNO AKAN LEBIH BERGOLAK ~ Ref Malaysiakini

Ramai pihak meramalkan akan ada pihak yang merana, gembira, hiba dan sedih dengan rombakan kabinet yang bakal dilakukan oleh Perdana Menteri tinggal nyawa-nyawa ikan iaitu Pak Lah. Adalah dijangkakan rombakan kabinet ini akan dilakukan dalam jangka masa terdekat. Pada mula ramai pemerhati ianya akan hanya melibatkan menteri-menteri dan timbalan menteri dari kalangan MCA dan Gerakan sahaja namun kini ianya menjadi mimpi ngeri kepada menteri-menteri Umno pula.

Apakah Pak Lah akan menggunakan sisa-sisa kuasa yang beliau ada sekarang ini untuk membalas dendam terhadap beberapa orang yang celupar, kurang ajar dan mungkir janji. Siapa lagi kalau bukan Muhyiddin yang disifatkan secara terang-terang mungkir janji oleh Pak Lah minggu lalu.

Malah Pak Lah secara nyata menuduh Muhyiddin sebagai tidak sabar dan mungkir janji. Kini pisau ditangan Pak Lah, Muhyiddin hanya mentimun yang punya kekuatan untuk berentap dengan pisau.

Muhyiddin benar-benar pusat sekarang lantaran ada pihak-pihak tertentu yang dikaitkan dengan Pak Lah sedang berusaha untuk memastikan Ali Rustam mendapat pencalonan yang cukup untuk berentap dan menundukkan Muhyiddin pada pemilihan Mac 2009 nanti.

Saya yakin Ali pasti mendapat pencalonan yang cukup kerana masih terdapat lebih dari 120 bahagian yang belum mengadakan persidangan sedangkan Ali hanya memerlukan lebih kurang 20 pencalonan sahaja lagi.

Tujuan utama mereka sekarang ialah mendapatkan cukup pencalonan dan selepas mereka akan all out bekerja siang malam dengan apa cara sekalipun untuk menumbangkan Muhyiddin yang kurang ajar dan mungkir janji (menurut pandangan Imam hadhari).

Saya yakin selain Muhyiddin akan ramai lagi orang lain yang senasib dengannya .........tunggu dan lihat sahaja lah

Umno akan lebih bergolak dan berkocak dengan lebih dahsyat lantaran perebutan dan perbalahan yang terjadi kerana masing-masing tamakkan kuasa dan pangkat.

Comments

Unknown said…
kita tengok wayang UMNO nanti...pasti hebat dari filem Rambo...