PEMIMPIN UMNO TIDUR BERALASKAN DUIT ~ Ref Malaysiakini

Siapapun tidak boleh menyangkal bahawa pemimpin-pemimpin Umno memang banyak duit seolah-olah tidur beralas dan bertilamkan duit. Dari mana mereka dapat duit yang begitu banyak saya pun kurang pasti, tau sama tau ajelah (TST).

Lihat sahaja rumah, kereta dan harta pemimpin Umno. Rumah besar, kereta besar, bini besar dan macam-macam harta mereka ada. Kalau hendak dibandingkan rumah Ketua Umno Cawangan lebih besar dan cantik dari rumah Tuan Guru Nik Aziz dan Haji Abdul Hadi.

Bayangkan ada pemimpin Umno yang mempunyai rumah dengan biliknya berjumlah 16 buah. Ada pemimpin Umno membawa duit 'cash' ratusan ribu keluar negeri dan macam-macam lagi.

Bukti lain terpampang di depan mata di mana pemimpin-pemimpin sanggup mengeluarkan diri untuk merasuah perwakilan Umno pada mesyuarat cawangan-cawangan Umno baru-baru ini sehingga terdapat 512 laporan yang melibatkan rasuah politik atau politik wang yang diajukan kepada Jawatankuasa Disiplin dan Tatatertib sehingga sekarang.

Adalah dijangkakan lebih banyak lagi kes rasuah dan politik akan berlaku sebaik sahaja persidangan Bahagian-bahagian Umno bermula esok.

Comments

uncle nano said…
Orang yang ada sifat hasad dengki sahaja yang berfikiran seperti saudara..
kan tidak manis mencerca dan menambah membuat fitnah tanpa ada bukti yang nyata..
walau pun saya orang disebelah sini tetapi untuk memperlecehkan orang disebelah sana tidak sekali-kali!!
Saudara yang budiman..cuba berfikiran seperti orang yang waras!!berfikirlah dan perjuangkan Parti Anda PAS..PAS masih rapuh, PAS masih duduk ditakuk lama sebenarnya..masih juga melukut ditepian gantang..
Kesian saudara..bermegah pada benda yang belum pasti dan membaca tanpa akal yang sempurna.
Walau apapun teruskan usaha anda dan tetap jangan berbelah bagi kepada parti anda..seperti saya tetap mempertahankan parti yang telah banyak berjasa kepada rakyat Malaysia.
Satu lagi, saudara kena ingat!! jangan ingat Parti anda itu bersih..jgn ingat Parti yang berselindung disebalik memperjuangkan hukum hudud tiada anasir-anasir kotor lagi menjijikkan.Fikirkan dan renung2kan SAUDARA Islam Ku!!