PAK LAH ADA 4 HARI LAGI, RAMAI YANG AKAN PUTIH MATA? ~ Ref Malaysiakini

Semua pihak sedang menantikan pengumuman Pak Lah samada ingin mempertahankan jawatannya sebagai Presiden atau tidak pada pemilihan Umno Mac 2009 nanti.

Pada pandangan saya semua pihak mengharapkan Pak Lah berhenti kerana bukan sahaja ahli Umno yang meluat dengan Pak Lah bahkan seluruh rakyat juga menyampah dengan beliau.

Malah pemimpin Umno yang ‘gila’ dan tergila-gila kepada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden juga sedang menanti dengan penuh harapan agar Pak Lah berhenti segera, kalau boleh berhenti serta merta.

Pemimpin-pemimpin Umno yang pelahap dengan jawatan dan pangkat seperti Ali Rustam, Zahid Hamidi, Mat Taib, Hishamuddin, Muhyiddin, Rais Yatim, Syed Hamid, Shafei Afdal dan lain-lain setiap saat mendoakan Pak Lah berhenti. Tetapi kebanyakan tidak berani bersuara takut-takut Pak Lah bertegas untuk mempertahankan jawatannya. Malah andaikata Pak Lah mempertahankan jawatannya dan menang sudah tentu sesiapa yang celupar kepada Pak Lah menanggung akibat.

Namun saya berpendapat Pak Lah tidak akan berundur. Beliau baru sahaja memegang jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno bagi penggal kedunia. Banyak lagi agenda dirinya yang belum tercapai. Antaranya kedudukan Khairy belum terjamin, kekayaan Kamaluddin belum cukup lagi dan banyak lagi kemahuan beliau dan kerajaan tiga beranak yang belum dicapai.

Mana mungkin Pak Lah berhenti semudah itu. ‘Wak Yek-Wak Yek’ Pak Lah disekelilingnya yang diketuai Khairy sudah tentu saban waktu akan memujuk dan cuba meyakinkan Pak Lah bahawa Imam Hadhari itu masih mempunyai penyokong yang ramai dan akan menang jika ada penderhaka yang menentang untuk jawatan Presiden.

Antara tindakan yang mungkin akan dilakukan Pak Lah ialah seperti di bawah ini :-

1)Tetap bertanding mempertahankan jawatannya.

2)Menghapuskan sistem kouta bagi membolehkan beliau bertanding walaupun tidak cukup kouta

3)Mengharamkan semua pemimpin Pusat merasmikan mesyuarat bahagian kecuali Presiden

4)Menggunakan segenap alat, jentera dan apa sahaja untuk berkempen mempengaruhi bahagian dan perwakilan supaya menyokongnya.

5)Mengugut Najib supaya tidak menentangnya untuk jawatan Presiden.

6)Menawarkan apa juga habuan untuk Muhyiddin dan Ku Li serta semua Ketua-ketua Bahagian supaya tidak menentangnya. Ini terbukti apabila beliau mengujudkan bermacam jawatan penasihat untuk Shahidan Kassim dan sebagainya untuk meraih sokongan.

7)Menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno untuk memastikan beliau menang pada pemilihan akan datang.

Pak Lah masih mempunyai 4 hari lagi. Sudah tentu beliau sudahpun mempunyai keputusan atau setidak-tidaknya sudah 80 % sudah diputuskan oleh beliau.

Comments

Salam Perkenalan :-)
Akar Umbi & Calon 'Kuda Hitam' Ada Kejutan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com