NAJIB HEBAT BERKEMPEN ~ Ref Malaysiakini

Sekejap ke timur sekejap ke Utara balik ke KL terus ke mana lagi? Hebat betul Si Najib bakal PM yang belum 'confirm' ini berkempen bagi memastikan beliau menang tanpa bertanding pada pemilihan Umno Mac 2009.

Saya yakin Najib sedang berusaha untuk memastikan Ku Li bukan sahaja tidak cukup kouta bertanding malah Najib mahukan Ku Li tidak mendapat sebarang pencalonan pun. Hatta kalau boleh Bahagian Gua Musang yang diketuai oleh Ku Li pun diusahakan supaya tidak mencalonkan Ku Li.

Najib mesti mahu menunjukkan bahawa beliau mendapat sokongan padu dari seluruh bahagian Umno bagi menaikkan imej, reputasi dan kredibiliti yang semua orang tahu tidak sebaik Dollah ketika mula-mula mengambilalih tampuk pemerintahan dari Mahathir dulu.

Dollah tidak pernah mempunyai gosip kaki betina, tidak pernah dikatakan terlibat dalam kospirasi dahsyat dan sebagainya. Tetapi Najib saya tidak tahu dan tidak pasti. Para pengunjung blog saya ini mungkin lebih arif dari saya siapa Najib sebenarnya?

Lantaran itu dalam usaha menaikkan imej ini, Najib sudah tentu membuat apa sahaja untuk 'mematikan' Ku Li.

Najib sebenarnya sudah menang pusingan pertama kerana sebelum ini ramai menjangkakan Muhyiddin akan menentang Najib untuk jawatan nombor 1 tetapi ternyata Muhyiddin juga bukan anak jantan yang berani dan berprinsip sehingga takut untuk menentang Najib. Beliau sebaliknya mencari jalan selamat dengan bertanding jawatan timbalan presiden sahaja.

Jadi halangan kepada Najib sekarang hanya tinggal Ku Li seorang.

Sementara itu Najib sudah pun mendapat dua pencalonan iaitu dari bahagian Machang dan Kimanis. Ku Li masih terkial-kial mencari pencalonan sulung.

Comments

Merah Hitam said…
Kami mangsa ISA ni ditahan masa era Mahathir,memang semua orang tahu dia ni anti-Islam.Bila masuk era Pak lah, ingatkan seorang PM berketurunan ulamak ada sedikit simpati pada kami, tapu hampeh....dia lagi teruk dari Mahathir sebab sloww dan tidur. SB dia yang bermaharajalela.
Nanti masuk era Najib...tak tahu lah apa nasib kami...sebab pemimpin UMNO ni, makin lama makin gila dan ganas!!!