NAJIB AKAN TERUSKAN 'KEJAHATAN' PAK LAH, ATAU LEBIH TERUK LAGI 'JAHAT'NYA ~

Semalam bakal Presiden Umno dan Perdana Menteri Najib Razak dalam satu ucapannya dalam majlis Jamuan Aidilfitri anjuran Umno Perak di Ipoh menjelaskan bahawa beliau berazam untuk terus mengekalkan hubungan baik dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas perubahan kepimpinan pada Mac tahun depan.

Najib berkata beliau juga akan meneruskan 'perkara-perkara baik' yang dilaksanakan oleh 'boss'nya sekarang.

Menurutnya daripada segi pengisisan tidak akan ada yang berubah, mana yang baik yang dibuat oleh Pak Lah saya tetap akan teruskan.

Ini bermakna undang-undang rimba seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsiah Rasmi (OSA), Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Polis dan lain-lain akan diteruskan oleh Najib.

Begitu juga dengan undang-undang Islam seperti Hudud, qisas, takzir, sistem ekonomi Islam terus akan 'merempat' dan dipinggirkan dengan lebih jauh oleh Najib.

Tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan pemerintahan Najib nanti, malah ada yang meramalkan Najib akan lebih teruk dari Pak Lah dari segi penyalahgunaan ISA, Akta Polis dan sebagainya. Malah demokrasi menurut mereka akan terus malap di zaman Najib nanti.

Walaubagaimanapun saya tetap menaruh harapan agar Najib berjaya membuktikan bahawa ramalan di atas adalah tidak berasas. Manusia boleh berubah dan biasanya semakin tua seseorang itu semakin insaf. Insya Allah.

Comments

yg pasti ialah najis akan terus menyapu harta rakyat tanpa segan silu utk memuaskan hati si bini yg sebangsat najis haramjadah.