MAMPUKAH MENTERI-MENTERI UMNO & BN LAKUKAN SEPERTI GAMBAR INI ~ Ref Malaysiakini


Mampukah Menteri-menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri Umno dan BN melakukan sepertimana yang dilakukan oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang menaiki pesawat kelas ekonomi untuk ke destinasi yang dituju lebih-lebih lagi kalau ianya jauh dan merimaskan.

Tetapi inilah yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin yang menaiki pesawat kelas ekonomi untuk ke Lahore Pakistan bagi menghadiri Ijtima' Am Jamiat Islami Pakistan baru-baru ini.

Kalau sebelum ini YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Sdr Lim Guan Eng melakukan perkara yang sama menaiki pesawat kelas ekonomi kini seorang lagi ketua kerajaan Negeri Pakatan Rakyat membuktikan apa yang mereka janjikan iaitu berjimat cermat.

Sesungguhnya contoh tauladan yang ditunjukkan oleh Nizar dan Guan Eng membuktikan bahawa kedua-dua mereka bukan bercakap kosong sebagaimana pemimpin-pemimpin BN.

Persoalannya, mampukah pemimpin BN dan Umno melakukan apa yang ditunjukkan oleh kedua-dua orang pemimpin negeri Pakatan Rakyat ini?

Gambar : Ir Nizar dan Setiausaha Politiknya Ustaz Misbahul Munir Masduki (sedang minum) di dalam pesawat untuk ke Lahore. (Ihsan Blog misabah.blogspot.com)

Comments

sbb tulah BANGSAT NAJIS harus ditentang dgn sekeras2nya