MALAYSIA HENTAM SISTEM KAPITALIS AS TETAPI TIDAK MAHU UBAH SISTEM EKONOMI NEGARA ~ Ref Malaysiakini

Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamad Yackop dalam sessi perbahasan bajet 2009 di parlimen hari ini menghentam sistem kapitalis Amerika Syarikat yang katanya menjadi penyebab kepada kejatuhan ekonomi global dan serantau.

Hebat nampak menteri kewangan keduanya semenjak mendapat boss baru, Najib Razak. Saya setuju dengan pandangan Nor Mohamad dan memang PAS dari dahulu menyedari masalah ini. Malangnya kerajaan BN mungkin baru nampak sekarang atau sebelum ini buat-buat tidak nampak. Persoalaannya adakah Malaysia berani mengkritik Amerika dan membuat perubahan drastik kepada sistem ekonomi negara kita sekarang.

Memang tidak dapat dinafikan ekonomi Malaysia boleh dikatakan 100 % peratus bergantung kepada kedudukan ekonomi dunia dan Amerika Syarikat. Sebab itulah bila ekonomi global merudum ekonomi kita secara automatik merudum sama. Kita tidak mempunyai sistem pertahanan ekonomi yang mampu melindungi negara kita.

Global sedang menghadapi pusingan kemerosotan ekonomi pada setiap 10 tahun. Tahun ini krisis ekonomi Global berlaku disebabkan krisis 3F iaitu Food, Fuel dan Fund. Berbeza dengan tahun 1997 ianya disebabkan krisis matawang.

Krisis 3F ini benar-benar menjejaskan negara kita lebih-lebih lagi negara kita tidak mempunyai bekalan makanan sendiri yang mencukupi. Negara kita juga banyak bergantung kepada hasil minyak dari Petronas. Kedudukan harga bahanapi yang tidak menentu ini menyebabkan ekonomi domestik terjejas teruk,inflasi di negara kita meningkat begitu mendadak.

Rizab kewangan negara juga dikatakan tidaklah sekukuh mana. Ini sudah tentu memberikan kesan yang mendalam jika krisis ekonomi global ini berpanjangan.

Namun begitu dari ucapan Nor Mohamad Yackop tadi, saya tidak yakin kita tidak mempunyai rancangan yang hebat dan praktikal untuk mendepani masaalah sistem kapitalis Amerika Syarikat. Mulut kata lain perbuatan lain. Hakikatnya Malaysia masih bergantung dan mengamalkan sistem ekonomi yang banyak bergantung kepada ekonomi global dan Amerika Syarikat.

Jadi kita mengharapkan kerajaan dapat memperkenalkan suatu sistem baru yang lebih ampuh dan praktikal bagi menghadapi sistem kapitalis yang dikritik oleh Nor Mohamad Yackop ini.

Comments