KU LI KEMPUNAN LAGI? ~ Ref Malaysiakini

Bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li kemungkinan besar akan kempunan sekali lagi untuk bertanding jawatan Presiden Umno lantaran peraturan Umno yang tidak demoktratik. Sistem Kouta sudah memerangkap Ku Li beberapa kali sejak beliau berjaya mencabar Dr Mahathir pada pemilihan Umno 1987.

Saya yakin jika Ku Li gagal lagi kali ini maka tertutuplah peluang dan cita-cita beliau untuk menjadi Presiden Umno sebelum kedua-dua mata beliau tertutup rapat.

Umum mengetahui Najib Razak akan menggunakan sepenuhnya kedudukan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden dan Menteri Kewangan untuk berkempen untuk dirinya dan juga menghalang Ku Li dari berkempen.

Malah Presiden Umno, Dollah Badawi jelas berpihak kepada Najib dengan terang-terangan tanpa berselindung. Inilah masalahnya dalam Umno di mana hasad dengki, khianat dan kronis menjadi zikir dan wirid harian.

Akhirnya yang menjadi mangsa sekali lagi ialah Ku Li.

Jadi saya berpendapat Ku Li wajar memikirkan semula apakah kehadirannya di dalam Umno dihargai oleh Umno dan pimpinan Umno. Jelas sekali sejak beliau kembali kepada Umno selepas mearwahkan partinya sendiri Semangat 46, jasa dan khidmatnya tidak pernah dihargai malah dicemuh dan dibenci.

Maka sekali Ku Li kembali untuk bersama-sama dengan rakan-rakan lamanya di dalam Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat.

Comments