KES ANWAR : PINDAH ATAU KEKAL ~ Ref Malaysiakini

Kewibawaan mahkamah di Malaysia sekali lagi tercabar dalam isu pemindahan perbicaraaan kes liwat Anwar Ibrahim dari mahkamah sesyen Kuala Lumpur ke mahkamah tinggi.

Hari ini Hakim Mahkamah Sesyen KL, SM Komathy Suppiah akan membaca keputusan penghakimannya samada kes itu akan dipindahkan ataupun tidak. Pemindahan itu sebenarnya menjadi amalan biasa mahkamah tetapi dalam isu ini ianya menjadi kontroversi kerana orang yang menandatangani surat arahan pemindahan ialah orang yang sama disaman oleh si tertuduh Anwar. Itu yang menjadi masalahnya.

Surat arahan pemindahan telah ditandatangani oleh Peguam Negara, Gani Patail sedangkan beliau didakwa oleh Anwar sebagai orang yang bertindak memcipta bukti palsu semasa isu liwat Anwar pada tahun 1998.

Pendakwa membuat pengakuan bahawa Mahkamah tidak mempunyai pilihan selain dari akur dengan surat arahan pemindahan tersebut. Ianya telah ditentang oleh pasukan peguam Anwar.

Anwar mula dibicarakan pada 7 Ogos lalu kerana didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan, 23, jika sabit kesalahan beliau boleh dipenjara selama 20 tahun. Anwar sekarang ini diikat jamin dengan bon sendiri sebanyak RM20,000.

Dalam kes ini sekali lagi kewibawaan mahkamah Malaysia teruji. Jika kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi bermakna sekali lagi kewibawaan mahkamah tercalar kerana pengelibatan Gani (yang dituduh oleh Anwar sebagai terlibat dengan bukti palsu).

Saya mencadangkan pihak yang terlibat iaitu Gani Patail menarik balik surat arahan pemindahan kes tersebut kerana ianya sudah tentu menjejaskan nama baik sistem kehakiman negara kita. Jika ianya dipindahkan juga maka janji Perdana Menteri itu membuat reformasi kepada sistem kehakiman negara adalah omongan kosong seperti juga janji-janji beliau sebelum ini yang jarang ditepati.

Comments