KALAU DAH UMNO, SIAPA MENANG PUN SAMA SAHAJA ~ Ref Malaysiakini

Selagi dasar, sistem dan peraturan parti tidak ditukar selagi itulah Umno akan terus mempertahankan dasar yang ada sekarang. Dasar inilah yang menyebabkan negara terus menuju kehancuran kerana mengamalkan rasuah, penyalahgunaan kuasa, kronisme dan bermacam-macam lagi dasar jijik dan mejelekkan.

Sebab itulah dalam perlumbaan pemimpin Umno mengejar cita-cita untuk menjadi pemimpin parti dan seterusnya menjadi pemimpin negara, kita yakin bahawa tidak akan ada apa-apa perubahan terhadap parti dan negara walaupun nanti ramai pemimpin baru yang dipilih. Ini kerana hanya batang tubuh yang baru tetapi dasar, sistem dan peraturan parti serta negara tidak menunjukkan apa-apa perubahan. Undang-undang tetap sama, sistem pentadbiran tetap sama cuma orang sahaja yang berlainan.

Orang baru ini akan terus mengamalkan apa yang dilakukan oleh orang terdahulu. Sepertimana Dollah Badawi meneruskan kezaliman dan kebobrokan Dr Mahathir malah lebih teruk lagi perangainya.

Saya yakin Najib akan meneruskan legasi Dollah dan Mahathir malah ramai pemerhati melihat Najib kemungkinan besar akan membawa kehancuran dan kemusnahan negara dengan lebih dahsyat. Kalau Dollah ada orang tingkat 4, Najib pula ada orang di dalam biliknya sendiri yang dikatakan akan mengatur hidup dan stail pemerintahannya.

Begitu juga dengan orang-orang lain yang akan menjadi Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden. Mereka akan meneruskan perangai lama ahli Umno iaitu 'Yes Man' dan pak Angguk. Apa sahaja yang dikatakan oleh Presiden dan Perdana Menteri semuanya betul lantaran hendak menjaga periuk nasi. Kepentingan diri mengatasi kepentingan negara dan rakyat.

Jadi janganlah kita menaruk keyakinan kepada pemimpin-pemimpin era Najib ini kerana tiada apa yang boleh mereka lakukan lantaran undang-undang, sistem dan peraturannya tetap sama. Selagi semua ini tidak direformasi di dalam Umno dan negara maka tunggulah saat kehancurannya.

Kita bukannya bimbang kepada kejatuhan Umno tetapi apa yang kita sangat khuatirkan ialah kehancuran negara dan tamadun negara kita.

Comments