HOREY,KUCH KUCH HOTA HEI, ALI RUSTAM DAH DAPAT SATU ~ Ref Malaysiakini

Sumpah di air, mari minum air, aku dah dapat hei, kuch kuch hota hei'. Begitulah agaknya senikata lagu yang dinyanyikan oleh penyokong Mohd Ali Rustam bila mendapat berita bahawa hero hindustan mereka mendapat pencalonan pertama untuk jawatan Timbalan Presiden dari Bahagian Parit Buntar hari ini.

Setelah menunggu selama 3 hari selepas persidangan bahagian-bahagian bermula, hero hindustan, Ali Rustam akhirnya berjaya memecahkan tembelang dengan mendapat pencalonan pertamanya untuk jawatan nombor dua dalam Umno.

Memang sesuai benar dan kena pada tempatnya kerana orang utara memang sangat minat dengan filem hindustan. Maka tidak hairanlah mereka memberikan pencalonan kepada Ali iaitu Ketua Menteri Melaka yang juga sangat menyanjung Datuk Shah Rukh Khan. Selepas ini saya rasa banyak lagi bahagian-bahagian Umno di Penang, Kedah dan Perak akan mencalonkan beliau. Meleset lah telahan dan ramalan saya sebelum ini.

Sementara itu Najib terus menyapu bersih pencalonan untuk Presiden dan Muhyiddin mendapat 9 pencalonan untuk Timbalan Presiden setelah 10 bahagian bermesyuarat hari ini.

Untuk Naib Presiden sepupu Najib, Hishamuddin memperolehi pencalonan terbanyak iaitu 10.

Berikut ialah carta untuk semua pencalonan sehingga jam 2.45 petang tadi.

Comments