HARGA MINYAK – SISTEM KERAJAAN KELAM KABUT ~ Ref Malaysiakini

Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata sistem kerajaan jelas kelam kabut dalam menguruskan harga minyak.

Dalam kenyataannya yang dibuat di dalam blog beliau adlyzahari.blogspot.com, Adly menegaskan bahawa kerajaan Malaysia dibawah pimpinan BN ternyata gagal dalam menangani isu kenaikan dan penurunan harga minyak sehingga menimbulkan keresahan di kalangan pengguna dan pengusaha stesyen minyak.

"Dikala kerajaan menaikkan harga minyak, kerajaan dilihat bersifat objektif dimana harga minyak dunia dikala itu pada paras USD135 setong. Maka harga minyak dinaikkan pada RM2.70 seliter dengan kerajaan memberi subsidi sebanyak RM0.30 bagi setiap liter."

"Pengguna hari ini menuntut agar kerajaan juga bersifat objektif dalam menurunkan harga minyak" katanya.

Beliau berkata mengikut keyataan kerajaan harga asal petrol RM1.92 sen seliter adalah dikala minyak dunia berada pada harga USD72 setong. Tapi kenapa bila harga minyak dunia turun dibawah paras USD72 pengguna masih membayar RM2.30 bagi setiap liter petrol.

Menurutnya, dalam proses penurunan harga, kerajaan dilihat lebih bersifat subjektif. Inilah yang menyebabkan pengguna resah, apabila kerajaan dilihat menggunakan elemen ”kejutan” atau berkepentingan politik dalam menjaga kepentingan rakyat.
Sepatutnya dalam menghadapi kelembapan ekonomi, kerajaan mesti lebih bersifat telus bagi memastikan rakyat terus terbela. Persoalan yang bermain diminda rakyat, bila harga minyak akan turun dan berapa sen akan turun.

Tambahnya lagi kerajaan sepatutnya menghilangkan keresahan ini dengan menurunkan harga minyak melalui pendekatan objektif bukannya subjektif. Proses menurunkan harga minyak hari ini bersifat keanak-anakan dan kerajaan seperti berteka-teki.

Beliau juga berkata pengusaha stesen minyak adalah kelompok peniaga yang paling resah ketika berdepan dengan penurunan harga minyak.

"Tiga kali penurunan sebelum ini telah menyebabkan mereka kerugian puluhan ribu ringgit.Dianggarkan purata setiap peniaga kerugian RM30,000.00 sepanjang tempoh penurunan ini".

"Mekanisme penurunan harga yang diamalkan kerajaan menjadi penyebab kepada kerugian ini. Kerugian dalam perniagaan adalah sesuatu yang lumrah, tetapi ianya boleh diminimakan."tambahnya yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat.

Menurutnya kerajaan sepatutnya menetapkan suatu tarikh dan tempoh yang sesuai bagi membolehkan golongan pengusaha stesen minyak mengawal stok simpanan minyak, bagi mengurangkan kerugian. Kekangan pengusaha adalah minyak tidak boleh kering kerana itu adalah asas perniagaan mereka.

Adly mencadangkan agar kerajaan menetapkan suatu tarikh pada setiap Hari Selasa Minggu pertama dan Ketiga setiap bulan bagi menentukan harga pasaran semasa petrol. Ini sekaligus mombolehkan peniaga mengawal stok bagi meminimakan kerugian.

"Kerajaan diharap dapat lebih bersifat objektif dalam menentukan harga pasaran minyak. Harga semasa yang ada pada hari ini telah menimbulkan prasangka dikalangan rakyat.

"Kerajaan dilihat tidak telus dalam menentukan harga pasaran petrol."

"Bagi memastikan ekonomi negara dapat terus dipacu, kerajaan sepatutnya bertindak menghilangkan semua keresahan rakyat samada mayarakat pengguna atau peniaga.
Dalam menghadapi kegawatan Ekonomi, kerajaan tidak harus dilihat mempunyai kepentingan politik dalam menurunkan harga minyak, proses berteka-teki harus dihentikan." kata beliau serius.

Beliau juga berkata dalam menghadapi kegawatan ekonomi, semua pihak tidak sewajarnya menggunakan elemen ”kejutan” dalam meyelesaikan isu. Semua pihak wajar duduk semeja bagi membincangkan kepentingan bersama. Rakyat menuntut perubahan kepada sistem yang ada, buangkan ego politik.

Comments

wun said…
memang pun kelam kabut...mereka lebih rela berbaik-baik dan menjaga hati stesen petrol dari menjaga hati rakyat jelata...terbukti dengan kenaikan mendadak apabila rakyat sendiri sedang dalam kemelut kegawatan dan penurunan yang perlahan-perlahan untuk mengelakkan 'kerugian' stesen minyak...
UMNO memang penipu tetapi hairan juga bangsa Melayu ini memang mudah ditipu. Para pemimpin UMNO memang tara satupun yang bukan jutawan,untuk memastikan kekayaan mereka berterusan isu isu perkauman akan dibesar besarkan dengan tujuan menakut-nakutkan bangsa melayu dengan harapan mereka terus menerus menyokong dan mengundi UMNO. Ha.. senangkan tipu orang Melayu.Satu lagi kalau Soal bangsa gagal maka timbulkan lagi isu Agama woi...meletup lagilah bangsa melayu tanpa usul pereksa...AH..yah itulah bangsa Melayu kita. Soal minyak senang saja tipu orang melayu..masaalah global katakan oi..100% orang melayu akur..sebab tu kita harus ubah nama bangsa kita kepada MELAYAU...