FELDA JADI TALIAN HAYAT BN PAHANG ~ Ref Malaysiakini

Felda memang menjadi penyelamat BN di Pahang. Kalau tidak ada felda sudah tentu kerajaan BN Pahang sudah tergolek. Manakan tidak mengikut congakan ku hampir lebih separuh DUN di Pahang mempunyai rancangan Tanah Felda.

Semua sedia maklum bahawa peneroka Felda dicucuk hidung sejak dulu supaya menyokong BN semasa Pilihanraya. Pelbagai cara digunakan untuk 'menipu' peneroka supaya terus menjadi pengundi tegar BN. Selain menipu BN juga menggunakan senjata ugutan, janji dan duit untuk memastikan peneroka Felda menjadi penyokong setia mereka.

Seperti yang saya katakan tadi lebih separuh DUN di Pahang mempunyai Felda. Di Parlimen Cameron Highland, DUN Jelai terletaknya Felda Sungai Koyan 1, 2 dan 3. Ketiga-tiga peti undi menyumbangkan lebih separuh dari pengundi DUN Jelai. Itu sebabnya BN begitu mudah untuk memenangi DUN ini.

Di Parlimen Lipis, DUN Padang Tengku mempunyai Felda Gugusan Kecau dan Aur Gading> Kedua-dua Felda inilah sebenarnya yang menyelamatkan DUN ini dari jatuh ke tangan PAS pada Pilihanraya Umum 1999 dimana Calon BN, Abdul Halim Mansor hanya menang dengan majoriti 86 undi sahaja mengalahkan Calon PAS, Allahyarham Ustaz Abdullah Rasad Omar.

Parlimen Jerantut, DUN Tahan mempunyai Felda Sg Retang, Padang Piol dan Jengka 11 dan lain-lain.

Parlimen Raub, DUN Batu Talam terletak di dalam Felda Tersang 1, 2 dan 3.

Parlimen Maran, Beberapa buah Felda Jengka terletak di dalam DUN Luit, Chenor dan Kuala Sentol.

Parlimen Bera, lagi banyak di mana DUN Kemayan majoritinya diliputi oleh Felda seperti Tembangau, Mengkuang dan lain-lain. DUN Guai mempunyai Felda Purun, Rentam, Bukit Mendi, Kumai, Bukit Puchong dan lain-lain.

Parlimen Kuala Krau juga terdapat banyak Felda. Contohnya DUN Jenderak mempunyai Felda Jenderak Selatan dan Utara manakala DUN Jengka memang dapat disangkal mempunyai 100 % Felda. Di DUN inilah jika tidak kerana ugutan, sogokan dan sebagai sudah pasti Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man akan kembali merampas DUN ini dari BN.

Parlimen Bentong juga mempunyai banyak Felda. Umpamanya Felda Lurah Bilut, Mempaga dan lain-lain.

DUN Lanchang di Parlimen Temerloh juga mempunyai beberapa buah Felda seperti Bukit Damar, Lakum dan lain-lain.

Begitu juga dengan Parlimen lain seperti Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar, dan Pekan.

Oleh kerana itulah Najib begitu mengambil berat akan Felda sehingga hampir setiap minggu beliau akan turun ke Felda terutama di kawasannya Pekan.

Selain itu pelbagai projek kononnya dijalankan untuk memastikan kebajikan peneroka dan anak peneroka terbela. Namun hakikatnya peneroka terus dibuai dengan 'sogokan' bonus, wang raya dan sebagainya yang sebenarnya duit peneroka sendiri yang di'simpan' oleh Felda. Maka setiap musim perayaan ataupun pilihanraya duit ini akan dikembalikan kepada peneroka atas label bonus, wang saguhati, elaun, bantuan dan sebagainya.

Semua ini adalah lakonan Najib dan orang tua suruhannya Yusof Nor, menteri pencen yang masih belum insaf terus memperdayakan peneroka.

Comments

EMa_LaVigne said…
najib ppppp lah aku org Felda tapi aku bukan bodoh lah...
Anak Perelih said…
Tapi.. ramai jugak orang Felda yang sokong BA/PR... sebab tu ada juga kawasan felda yang PR kalah sikit aje.. dan tahun 1999 Tn Ibrahim Tn Man menang kawasan Jengka... Ia bergantung kepada orang yang menghuni Felda tu.. ada felda kubu kuat UMNO.. dan ada Felda ramai orang PR... rasanya kalau felda yang banyak asal dari negeri utara - kedah Perlis.. ramai sokong PAS...