DUIT SIAPA YANG ALI RUSTAM GUNA UNTUK EKORI NAJIB ~ Ref Malaysiakini

Saya terperasan ke mana sahaja Najib pergi Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam sudah tentu mengekorinya. Apa tujuan Ali Rustam mengekori Najib, tidak perlu saya huraikan, sudah tentu untuk membodek Najib yang bakal menjadi orang nombor satu dalam Umno dan pentadbiran negara. Inilah taktik yang beliau gunakan terhadap Mahathir dan Pak Lah sehingga Ali boleh naik sehingga ke tahap sekarang.

Malam tadi Najib berada di Perak untuk menghadiri majlis Jamuan Aidilfitri Bersama ahli Umno anjuran Umno Perak di Ipoh, Ali Rustam juga ada bersama Najib untuk menunjuk mukanya kepada Najib dan juga untuk mendapatkan sokongan dari Umno Bahagian-bahagian di Perak.

Sebelum itu pada majlis jamuan di Pahang yang dihadiri oleh Tengku Mahkota Pahang dan Najib, Ali Rustam juga ada bersama.

Taktik ini memang berjaya dan terbukti berkesan, sebab itulah Ali terus menggunakan taktik membodek ini untuk terus 'hidup' dalam Umno. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang di mana Ali sendiri tidak yakin akan menang pada pemilihan Timbalan Presiden nanti. Mana tahu kalau kalah pun dengan usaha membodek, Ali akan dilantik menjadi Setiausaha atau Ketua Penerangan Umno dalam kabinet baru Umno pimpinan Najib nanti. Jadi bolehlah Ali terus hidup dan bernafas bagi merealisasikan cita-cita politiknya.

Saya tidak kisah jika Ali memang bijak membodek. Tidak kisahlah ke mana Ali hendak mengekori Najib walaupun ke hujung dunia.

Persoalannya sekarang dalam usaha mengekori Najib dan membodek Najib sudah tentu banyak duit digunakan untuk tambang kapal terbang, duit minyak dan sebagainya.

DUIT SIAPA YANG ALI GUNA, DUIT RAKYAT ATAU DUIT ALI SENDIRI.? Kalau Ali menggunakan kenderaan kerajaan negeri dan 'claim' semua perjalanan, makan, hotel dan sebagainya dari perbendaharaan negeri maka DUIT RAKYAT YANG HANGUS DIGUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI

RAKYAT TERPAKSA MENANGGUNG BEBAN. SAYA TIDAK REDHA WALAU SATU SEN PUN DUIT RAKYAT TERMASUK DUIT SAYA DAN KELUARGA DIGUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI ALI RUSTAM DAN UMNO. KITA AKAN SAMA-SAMA DIADILI DI YAUMUL MAHSYAR KELAK.

Comments