DIHALAU KERANA SOKONG PARTI ISLAM OK LAH TU ~ Ref Malaysiakini

PAS Kawasan Rompin menyifatkan tindakan pemimpin Umno yang menguasai Teras DARA Konsortium Sdn Bhd mengarah pengusaha Pasar Mini Jiran Ku (PMJK) di mengosongkan premis seanggap sebagai perosak parti Melayu itu.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Mazlan Mohamed Yasin berkata, hanya pemimpin yang sakit mental dan fizikal sahaja akan melakukan melakukan perbuatan demikian dalam suasana rakyat semakin matang berpolitik.

Katanya, pemimpin Umno berkenaan masih terbelenggu dengan pemikiran politik kono dan sempit, justeru menganggap dia boleh melakukan apa sahaja.

Difahamkan pemilik PMJK berniaga di bekas tapak pasar lama yang disewakan daripada Koperasi Serbaguna DARA (KSD) sejak tahun 2004. Beliau diarah keluar dari Premis tersebut tanpa alasan munasabah, tetapi berdasarkan maklumat daripada pegawai Teras Dara yang menyampaikan arahan berkenaan, jelas menunjukkan arahan mengosong premis dibuat atas pertimbangan Umno.

Difahamkan pegawai Pegawai dari Unit Harta, Teras DARA telah menemui Peniaga tersebut dan menunjukkan bukti kononya pemilik PMJK itu memberi sumbangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum, 8 March lalu. Menyokong Pakatan Rakyat menjadi kesalahan kepada pemimpin Umno terbabit dan menimbulkan kemarahan kepada tokoh Umno Rompin yang juga bekas menteri yang dibuang Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Badawi itu.

PMJK terletak dikawasan strategik, berhampiran Bank Islam dan Terminal Bas Muadzam Shah merupakan pusat membeli-belah milik orang Melayu yang sangat berjaya.

Selepas pilihan raya lalu, wakil pihak Pengurusan Teras DARA Consortium Sdn. Bhd (pemilik bangunan) dikatakan telah mengarahkan KSD supaya mengeluarkan peniaga yang menyewa (PMJK) dari premis berkenaan.


Jelas Mazlan, alasan arahan mengosongkan premis kerana pemilik PMJK didakwa menyokong PAS ia adalah kehendak ahli politik itu sendiri dan ia diakui oleh pegawai Teras Dara.

Menurut Mazlan pemilik PMJK hanya ahli biasa PAS dan dia tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti, tetapi kerana sikap perkauman pemimpin Umno terbabit ia tetap menjadi mangsa.

”Kalau dia menyokong PAS pun, ia bukan suatu kesalahan, sebagai rakyat dia boleh menyokong mana-mana parti politik berdaftar yang dia suka, kenapa pula Ketua Umno mahu marah,” ujarnya.

Mazlan membidas dan menyifatkan ’pemimpin Umno berkenaan sudah hilang kerasionalanya’ sehingga sanggup menggunakan kuasa yang masih ada untuk menghukum bangsanya sendiri yang berlainan parti.

”Pemimpin jenis itu sepatutnya berada di negara Komunis atau dimana-mana negara yang mengamalkan sistem satu parti, supaya tiada orang yang berbeza fahaman denganya.

“Patutlah perdana menteri membuangnya dari kabinet selepas pilihan raya umum lalu, mungkin Abdullah telah mengenal pasti sifat ahli politik itu,” ujarnya.

Ekoran daripada arahan pemimin Umno tersebut, maka Teras Dara telah mengeluarkan notis kepada KSD supaya mengosongkan bangunan tersebut pada 1 Mei,2008. KSD pula mengeluarkan notis kepada PMJK.

Difahamkan pemilik PMJK merayu kepada Teras Dara agar dapat membenarkan beliau meneruskan perniagaan disitu sehingga premis baru yang dalam pembinaan siap dibina dalam tempoh satu tahun.

Tetapi malangnya pihak Teras DARA hanya memberi tempoh satu bulan untuk PMJK mengosongkan presmis itu .

Kini, pemilik PMJK yang ”bernasib malang itu” hanya menghitung hari menunggu surat arahan mahkamah supaya mengosongkan premis tersebut pada bila-bila masa.

Lebih mendukacitakan ada ‘cakap-cakap’ mengatakan pihak TERAS DARA lebih rela bangunan itu dibiarkan kosong begitu sahaja daripada disewa PMJK kerana beliau adalah penyokong PAS.

Menurut Mazlan, pihaknya bersimpati dengan musibah yang menimpa pemilik PMJK yang menghadpi masalah ketiadaan premis untuk memindahkan baranganya sedangkan masa yang di beri Teras Dara cukup singkat.

Malah difaham, pemilik PMJK bersedia membeli bangunan berkenaan jika Teras Dara ingin menjualnya.

Blog : http://www.darigaunghati.blogspot.com

Comments

Putra IJ80 said…
Sedih kita dengar crte ni....

Betulah UMNO dgn Selogannya,

Dulu kini dan selamama nya.

Hal yg.sama telah berlaku zaman berzaman dah.

Dolu lagi Imam yg.dah bertahun tahun menjadi Imam klu menyokong parti lain dari Kapal Layar, maka di tarik balik Tauliahnya.

Sedangkan Imam yg.baru di lantik baca Khutbah tak tau nak stop kat mana.

Akhirnya Masjid Hari Jumaat,sembahyang Zohor.,faham lah kan sebabnya.

Saya baca sejarah (Catitan)awh Ato saya.

Yang peliknya ,UMNO dok menang jugak.

Nak salahkan siapa ?????