DI LUBUK SENDIRI PUN KHAIRY TEWAS ~ Ref Malaysiakini

Sudah jatuh di timpa tangga, itulah ungkapan yang molek dan cocok untuk menantu kesayangan Dollah Badawi Khairy Jamaluddin (KJ). Beliau ditolak oleh sebahagian besar Pemuda Umno Bahagian di seluruh negara, malah semalam Pemuda Umno Bahagian 'lubuk'nya sendiri iaitu Putra Jaya memalukan beliau apabila mencalonkan Mukhriz sebagai Ketua Pemuda. Lebih dahsyat Khairy mendapat tempat tercorot di kalangan ketiga-tiga calon.

Mukhriz mendapat 33 undi, Khir Toyo mendapat 32 undi manakala Khairy hanya mendapat 22 undi. Sungguh memalukan sedangkan Khairy kalaupun tidak tinggal di Putra Jaya (saya tidak pasti), bapa mertuanya tinggal di sana dan beliau sering ke sana.

Malah Bahagian Putra Jaya dikepalai oleh sekutu kuatnya iaitu Tengku Adnan Mansor juga tidak menyokong Khairy. Sungguh malang nasib si Khairy yang semakin dilupakan oleh rakan dan lawan.

Maka elok saya cadangkan supaya Khairy menarik diri agar tidak dimalukan pada hari pemilihan nanti kerana kemungkinan besar beliau akan kalah dan lebih teruk mungkin 'hilang deposit'.

Comments

Kalau dalam filem hindustan, Mukhriz memang tidak segak jadi hero, belum ada hero hindustan kepala botak separuh. Khir Toyo sesuai jadi 'mastermind' seludup dadah di pergunungan himalaya, watak crook dan mafia dengan mata kuyu stim memang sesuai untuk Khir Toyo.

Heronya lain tidak bukan tentulah KJ, awal cerita pun dah pikat heroin anak Gabenor Malaya, taktik pikat langgar kereta Nori dari belakang, sebijik cerita hindustan, hidup2 tiru bulat2 filem hindustan awal 80an.

Di pendekkan cerita, biasalah dalam filem hindustan, hero kalah awal.. lepas jumpa dengan pembantu hero yang tak asing, neena rizal american (lebih kurang nama dia yang malas aku nak ingat tu) maka dua dua ekoq ni pi lah menyanyi ceruk kampong barat dan timor sambil tu bawa duit seguni pi sedekah, tabur bakti, cari undi..

Last sekali hampa pun tau, hero mesti menang atau jebat must die.