DATUK SHAH RUKH KHAN : RAKYAT MELAKA TAK HABIS-HABIS KENA PERLI ~ Ref Malaysiakini

Saya menerima banyak sekali 'feedback' dari teman dalam dan luar negeri Melaka tentang isu Datuk Shah Rukh Khan yang menerima penghormatan yang sangat tinggi dari kerajaan negeri Melaka.

Saya yakin ramai rakyat negeri ini juga senasib dengan saya diperli dan dipersenda oleh kawan-kawan dari luar Melaka lantaran tindakan kerajaan negeri yang kurang bijak.

Malu, sedih dan terkilan rasa hati ini bila menerima sindiran dan ejekan dari mereka. Saya sendiri memang tidak boleh berkata apa-apa kerana mereka berhak memperli dan mempersendakan tindakan kerajaan negeri yang tidak berapa cerdik ini.

Seorang sahabat lama dari Pasir Gudang awal-awal pagi memberikan ucapan tahniah secara sinis kepada saya kerana Kerajaan negeri memberikan anugerah tersebut kepada Shah Rukh Khan.

Seorang sahabat dari Kampung Pulai, Serkam juga dengan nada agak keras mempersoalkan kerasionalan kerajaan memberikan gelaran tersebut kepada artis yang tidak ada kena mengena dengan tanahair kita.

"Adakah cukup dengan sekali membuat 'shooting' di Melaka dah kita berjasa kepada negeri ini" ujar beliau.

Menurutnya inilah mentaliti kerajaan negeri yang jelas tidak tahu mana yang penting mana tidak penting.

Beliau juga turut kesal dengan jawapan Ketua Menteri yang disifatkan tidak munasabah dan setaraf dengan jawapan pelajar-pelajar sekolah menengah tentang alasan mengapa Shah Rukh Khan layak menerima pingat ini.

Sementara itu salah seorang pimpinan Umno negeri (tidak mahu namanya disiarkan) juga hairan mengapa Shah Rukh Khan dipilih menerima anugerah itu sedangkan ramai lagi anak negeri ini yang berjasa kepada negara dan negeri Melaka.

'Entahlah Saya pun tak tau apasal lah Mat Bangla tu yang dapat......' kata beliau melalui sms kepada saya.

Ini jelas membuktikan bahawa segenap rakyat di negeri ini menentang penganugerahan tersebut.

Saya yakin isu ini sedikit sebanyak menjejaskan reputasi Ketua Menteri Melaka yang sekarang ini hebat berkempen ke sana ke mari mencari sokongan agar namanya dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden Umno.

Memang banyak sekali komen samada melalui sms, telefon dan melalui perbualan yang saya terima. Semua orang yang saya temui dan bercakap soal ini 100 % tidak setuju dengan tindakan kerajaan negeri dalam isu ini.

Semalam juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Datuk Mustapha Maarof menggesa pihak kerajaan negeri membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mengurniakan sesuatu anugerah kepada mana-mana artis.

Kenyataan ini dikeluarkan ekoran bantahan Seniman mewakili artis-artis tanahair terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan.

Shah Rukh Khan telah menerima anugerah itu sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu.

Comments

Nazlee said…
Ali kata Mat hindustan nih tolong promote melaka pada orang luar, terutama US, Europe ngan timur tengah, kalau kita ada akal la.. rasa rasanya orang belah US, Europe ngan timur tengah tuh ada ke tengok cerita hindustan nih? Tak tau le kalau kita takde akal, senang jek nak percaya.