BEGITU CEPAT MASA BERLALU, SAYA TERUS MENGHARAP ~ Ref Malaysiakini

Masa berlalu begitu cepat. Sebulan berpuasa dirasakan macam sehari sahaja. Peluang dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada sebulan dalam Bulan Ramadhan berlalu bagaikan kilat meninggalkan kita.

Terasa begitu pantas masa berlalu. Semacam baru semalam kita memulakan cuti menyambut Aidil Fitri, tetapi hakikatnya hari ini adalah hari terakhir saya menghabiskan cuti tersebut.

Ya Allah begitu pantas masa berlalu. Inilah antara tanda-tanda akhir zaman.

Terasa belum puas untuk bersama ayah dan ibu yang sedang melalui usia emas. Entah bila pula dapat bersama kedua orang tua tersayang. Ku tinggalkan jauh mereka nun jauh di sana. Ya Allah lindungi mereka, kurniakan kesejahteraan, kesihatan dan umur yang panjang kepada mereka.

Esok ramai di kalangan kita akan memulakan semula rutin harian seperti biasa. Diharapkan kita semua akan memulakan tugas masing-masing dengan lebih bersemangat.

Kepada pemimpin kerajaan Malaysia saya mengharapkan mereka semua lebih peka dan prihatin kepada masalah rakyat. Berfikir secara rasional, jujur dan tulus demi masa depan rakyat yang semakin menderita sekarang.

Kepada rakyat sekelian mari kita bertekad untuk sama-sama berjuang untuk menghalau kerajaan zalim yang ada sekarang yang jelas tidak mampu memerintah Negara. Kerajaan ada bukannya zalim malah bongkak dan sombong tidak mahu mengakui kesalahan dan memperbetulkannya. Insya Allah kita masih berpeluang untuk mengajar kerajaan ini selewat-lewatnya pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Harapan kita menggunung tinggi agar Pakatan Rakyat benar-benar mampu menubuhkan kerajaan. Kita amat menyanjung tinggi jika Pak Lah dan kerajaan BN berjiwa besar melepaskan tampuk pemerintahan kepada kerajaan PR. Berilah peluang kepada kerajaan rakyat untuk meyumbangkan tenaga kepada rakyat demi masa depan agama, bangsa dan Negara.

Tidak ada gunanya BN bertindak bagaikan si Bodoh Sombong yang bongkak kerana hakikatnya BN sudah ditolak oleh rakyat dan ahli-ahli parlimen. Walau bagaimana disembunyikan sekalipun lambat laun rakyat dan Negara luar akan tetap tahu dan terbongkar juga akhirnya nanti.

Jangan nanti pemimpin BN dimalukan oleh undi tidak percaya di parlimen atau pun diminta meletakkan jawatan. Bukankah itu akan lebih memalukan berbanding dengan menyerahkan tampuk kepimpinan secara terhormat.

Akhirnya hamba yang kerdil ini merafakkan sembah hamba yang hina kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung agar menggunakan kuasa tuanku untuk memikirkan jalan terbaik untuk Negara kita yang tercinta. Hanya kepada tuanku hamba rakyat berlindung dan mengharapkan belas kasihan demi masa depan agama, bangsa dan Negara tercinta kita ini.

Daulat Tuanku

Salam Perjuangan.

Comments