ALI RUSTAM TERUS PUTIH MATA? Ref Malaysiakini

Peminat Nombor 1 Shah Rukh Khan terus berputih mata tidak mendapat sebarang pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden walaupun sudah 5 bahagian Umno bermesyuarat.

Jelas sekali kelima-lima bahagian Umno tidak mengiktiraf beliau sebagai pemimpin. Mungkin mereka meluat dengan Ali Rustam dan kerajaan Melaka yang menganugerahkan gelaran Datuk kepada pelakon seperti Shah Rukh Khan yang langsung tidak berjasa kepada negara dan rakyat negara ini.

Hasrat Ali Rustam untuk mencari populariti akhirnya memakan diri.

Dari awal lagi saya sudah menyatakan bahawa Ali Rustam tersilap percaturan kerana bertanding ingin bertanding Timbalan Presiden sedangkan peluangnya untuk mendapat pencalonan Naib Presiden pun belum tentu lagi.

Saya pasti sekarang ini Ali berada dalam dilema hendak berundur setakuk terasa malu nak teruskan untuk jawatan Timbalan Presiden takut kecundang sebelum bertanding kerana tidak cukup pencalonan. Ibarat ditelan mati mak diluah mati bapak.

Kasihan Pak Ali. Tapi tak apa hari-hari boleh dengar lagu 'kuch kuch hota hei'.

Comments