AKHBAR ARUS PERDANA TERUS JUARAI CARTA MENGAMPU ~ Ref Malaysiakini

Akhbar arus perdana nampaknya meneruskan sifat mengampu sehingga tidak masuk akal apabila masing-masing ingin menunjukkan siapa paling kuat mengampu dan membodek. Pendekata jika ada pertandingan Carta Mengampu sudah pasti akhbar-akhbar akan menjadi juara terus menerus tanpa dapat disaingi.

Oleh kerana terlampau kuat membodek sehingga jumlah orang yang datang mengunjungi rumah terbuka Pak Lah pun tidak diketahui mana yang betul. Utusan Meloya melaporkan 100,000 orang hadir mengunjungi rumah terbuka Dollah dan Jeanne di Kepala Batas. Saya rasa semua orang Kepala Batas pergi termasuk yang buta, tepok, pincang, kurap, OKU dan sebagainya. Sebab itu boleh mencecah 100,000 orang.

Lebih hebat lagi Berita Hairan dan Harian Meterok melaporkan 200,000 orang yang hadir. Lagi hebat dua kali ganda, biasanya Utusan Meloya yang mengalahkan Berita Meterok kali ini Berita Meterok memang betul-betul TEROK.

Namun begitu saya tumpang gembira kalau jumlah itu betul-betul tepat. Ini menunjukkan rakyat Malaysia khasnya Pulau Pinang ingin mengucapkan SELAMAT JALAN kepada Dollah dan Jeanne yang tidak berapa hari lagi akan ditendang oleh orang Umno sendiri dari kerusi Presiden Umno dan Perdana Menteri. Jadi tidak salah untuk Dollah mengucapkan selamat tinggal kepada rakyat di negerinya dan parlimennya sendiri.

Rakyat Pulau Pinang juga mungkin ingin mengucapkan takziah kepada Dollah atas kejayaannya memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang. Baik betul hati Dollah kerana 'menukarkan' kerajaan negeri Pulau Pinang yang zalim sebelum ini dengan kerajaan berkebajikan PR yang memerintah sekarang.

Syabas Dollah.

Baca laporan Utusan Meloya :-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1003&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Laporan Harian Meterok & Berita Hairan :
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20081003085123/Article/index_html

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/BeritaUtama/20081002232457/Article

Comments