ISU PATUNG : ADA BANYAK CARA LAIN UNTUK SOKONG PEMIMPIN ~ Ref Malaysiakini

Riuh rendah suku sakat PR tentang isu patung Anwar di Batu Caves. Mungkin mereka dipengaruhi oleh patong di Gua Batu Cave yang tidak jauh dari tempat gambar Anwar tu ditegakkan.

Saya kurang pastilah samada gambar Anwar itu boleh dikategorikan sebagai patung atau bukan patung. Ada orang mendefinisikan patung sebagai gambar yang bukan sekeping macam papan ertinya macam tugu negara atau patung St Xavier di Melaka ini, maknanya ada 'isi perut' bukan pipih macam kain atau plywood. Siapa boleh bagi definisi patung sebenar Silalah!!!!

Sehari ini memang ada 2 pendapat, ada pihak yang mengatakan ianya ada unsur penyembahan atau keberhalaan. Maknanya patung tersebut tidak ada beza dengan patung hindu atau buddha (maaf saya tidak berniat untuk memperkecilkan kawan-kawan dari agama Hindu dan Buddha sekadar untuk membuat perumpamaan). Ada pihak yang menyatakan ianya adalah gambar semata-mata sama seperti gambar dalam banner atau kain rentang.

Saya pun pening juga yang mana satu betul ini? Bagi saya untuk menyelesaikan isu ini lain kali tidak perlulah buat gambar besar (seluruh badan) menggunakan plywood macam ini, memadai rasanya buatkan banner gambar muka pimpinan atau separuh badan. Ini kerana sebelum ini tidak ada pihak yang mempertikaikannya samada haram atau halal.

Saya juga mencadangkan pihak alim ulama' mengeluarkan fatwa atau garis panduan tentang hukum membuat gambar seperti ini. Ini kerana saya ada mendengar ceramah dan belajar tentang perkara itu dahulu. Tok Guru ada memberitahu bahawa sebarang alat mainan atau patung yang berupa manusia yang lengkap atau haiwan jika diletakkan sebagai pameran atau dijadikan hiasan dikira sebagai simbol keberhalaan. Tetapi jika untuk mainan kanak-kanak ianya dibolehkan.

Jadi altenatifnya saya yakin banyak cara lain untuk kita menyatakan sokongan kepada pemimpin kita bukan hanya dengan membuat gambar atau patung yang menimbulkan kontroversi seperti ini. Fikirkanlah .........

Comments