UTUSAN MELOYA BAIK TUKAR NAMA KEPADA UTUSAN UMNO ~ Ref Malaysiakini

Saya mencadangkan Utusan Malaysia atau lebih mesra dipanggil Utusan Meloya ditukar namanya kepada Utusan Umno kerana fungsinya bukan lagi memberikan laporan yang benar, telus, cepat dan tepat tetapi lebih kepada memberikan laporan dan berita untuk mengubah minda rakyat supaya menyokong Umno.

Utusan Meloya bukan lagi merupakan akhbar yang meningkatkan minda pembaca dan melaporkan berita yang benar dan sahih tetapi lebih suka memutarbelitkan fakta, menabur fitnah dan memanipulasikan kenyataan pembangkang guna supaya rakyat membenci pembangkang.

Pada masa yang sama memuji dan memuji apa juga tindakan dan langkah kerajaan BN dan parti-parti BN supaya semuanya kelihatan cantik dan comel walaupun hakikatnya ia buruk dan busuk.

Bagi Utusan Meloya etika kewartawanan, halal haram, dosa pahala tiada dalam kamus dunia persuratkhabaran mereka. Malah sejak kebelakangan ini mereka seolah-olah tidak menghiraukan untung rugi lagi kerana walaupun diboikot oleh negeri Pakatan Rakyat akibat kejahatan mereka memfitnah Pakatan Rakyat, mereka tetap juga melakukan perkara yang sama. Sedangkan akibat dari pemboikotan itu jualan mereka dilaporkan jatuh. Tetapi oleh kerana sudah sebati dengan kerja-kerja jahat ini mereka terus juga bergelumang dengan kerja-kerja mungkar ini kerana tuan mereka pun memang suka dengan kerja-kerja mungkar dan jahat ini.

Tidak syak lagi cadangan rakan saya Aflah supaya Utusan Meloya ditukarnama menjadi Utusan Meloya memang kena pada tempat dan masanya. Agar selepas Utusan Umno akan menjadi kitab rujukan pemimpin dan ahli Umno lebih dari kitab-kitab lain.

Nukilan : Nuraflah

Comments