TUN MAHATHIR TERUS BEDIL PAK LAH ~ Ref Malaysiakini

Kemasukannya semula ke dalam Umno belum diterima lagi tetapi Tun Mahathir terus membedil Pak Lah dengan 'peluru berpandu' bertalu-talu.

Kesihan Pak Lah langsung tidak boleh bernafas. Kiri kanan atas bawah bedilan meriam katak, peluru berpandu hatta mercun dihalakan oleh Anwar, Najib, Muhyiddin, Dr Mahathir dan ahli akar umbi Umno serta parti-parti komponen BN.

Nasib baik masih dapat bertahan walaupun wajahnya jelas langsung tidak ceria, senyum pun tawar sahaja nampaknya. Semalam (Rabu) nampaknya Pak Lah semakin tercabar dengan 'bedilan' Dr Mahathir menambahkan kekusutan beliau yang sudah sedia kusut. Sebab itu agaknya semalam (Rabu) Pak Lah mula mengeluarkan kata-kata seolah mengancam Anwar apabila menuduh Anwar mengancam ekonomi dan keselamatan negara. Satu tuduhan yang maha hebat yang boleh menyebabkan seseorang itu ditahan di bawah ISA di bawah pemerintahan cara rimba BN sekarang ini. Sebab itu bila saya mendengar kenyataan Pak Lah tadi tergambar oleh saya bahawa Anwar kemungkinan akan merengkok sekali lagi (buat kali ketiga) di "Madrasah Tarbiah" ISA.

Tuduhan Pak Lah itu cukup serius dan menggerunkan. Inikah sikap seorang Perdana Menteri bila kedudukan kuasanya terancam beliau mula mengeluarkan kenyataan yang amat merbahaya.

Saya hairan apa yang buat sehingga membahayakan ekonomi negara dan keselamatan negara.

Adakah Anwar menjaja ke sana ke mari jangan melabur di Malaysia, jangan datang ke Malaysia dan sebagainya.?

Adakah Anwar menganjur tunjuk perasaan ganas dengan merosakkan harta benda awam, mogok, pergaduhan kaum atau berarak ke Putra Jaya untuk 'menakluk' pejabat Pak Lah?

Berbalik kepada 'bedilan' Dr Mahathir semalam di mana beliau mencadangkan supaya Umno, MCA dan Gerakan bersatu untuk memaksa Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan.

Menurutnya beliau hanya dengan cara ini kita dapat pulihkan BN dan mungkin juga menyusunnya semula. Jika tidak hubungan kaum akan terus merosot dan negara akan jadi mangsa," tambahnya.

Dr Mahathir berkata, Umno, MCA dan Gerakan mesti berusaha untuk memperbaiki keadaan ini dan memulihkan semula BN.

Tetapi beliau akui ianya adalah sukar jika Abdullah masih lagi memimpin BN dan kerajaan.

Nampaknya tak habis-habis lagi 'peluru' bedil Dr Mahathir ini di'tembak' kepada Pak Lah. Agaknya sampai bilakah 'tembakan' dan 'bedilan' ini akan diberhentikan. Mungkin sehingga Pakatan Rakyat memerintah baru Dr Mahathir berhenti menghemtam Pak Lah kerana pada masa itu beliau pun sudah tinggal dalam 'buangan' di luar negeri atas pilihannya sendiri.

Tidak cukup dengan menggesa Umno me'nerajang' Pak Lah kini Dr Mahathir menggesa MIC, MCA dan Gerakan pula turut serta 'mengangkat' Pak Lah turun dari kerusi panas Perdana Menteri.

Mungkin Dr Mahathir lupa bahawa bukannya Pak Lah akan dijatuhkan oleh Gerakan dan MCA malah Umno dan BN juga akan turut sama terhumban dek tindakan MCA dan Gerakan yang sedang memikirkan untuk keluar dari BN. Mungkin hanya Samy yang kekal bersama BN.

Comments

Kalau apa yang Tun bedilkan itu ada isinya, apa salahnya...dan Tun bukan sahaja membedil kosong tetapi memiliki idea dan jalan penyelesaian untuk kemakmuran negara.. kritikan membina.

SAPP telah memilih untuk tidak bergabung dengan Pakatan, mereka bebas, mereka ikut idea mahathir.
Anonymous said…
Assalamualaikum n salam sejahtera semua. sebenarnya ape yang nak diperjuangkan ? PAS @BN @PKR ? Semua parti ni memperjuangkan hak orang melayu akan tetapi semua bersengketa sesama parti. Oleh itu mengaku sajalah bahawa tujuan sebenar semua parti untuk merebut kuasa pemerintahan. Ayam kampung , ayam siam, ayam hutan dan seekor itik belajar berenang. tetapi itik shaja yang lepas kerana orang cina akan menakluki malaysia tidak lama lagi sekiranya Orang melayu tamak kuasa.Tidak salah bersengketa sesama sendiri tetapi biarlah didalam 1 parti melayu yang solid dan bersengketa demi membela nasib orang melayu