Tindakan Pak Lah bertukar jawatan dengan Timbalannya Najib Tun Razak dilihat sudah terlambat.
Saya berpendapat Pak Lah cuba meredakan kemarahan ahli Umno akar umbi yang mahukan peruabahan dilakukan secepat mungkin sedangkan kemarahan mereka sudah tidak dapat dibendung lagi. Tidak apa bezanya Pak Lah mem'faraid'kan kementerian Kewangan kepada Najib sedangkan Pak Lah masih menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno. Pak Lah masih berkuasa penuh dalam kerajaan. Sedangkan ahli mahukan teraju pemerintahan tersebut diserahkan kepada orang lain.
Pak Lah dilihat masih tamakkan kuasa dan masih tidak mahu faham kehendak akar umbi. Tindakan Pak Lah ini dilihat seolah-olah memperbodohkan ahli Umno dan rakyat yang sedar bahawa ia hanyalah taktik Pak Lah untuk menghalalkan tampuk pemerintahan terus dipegang oleh beliau.
Mengapa begitu susah Pak Lah untuk memahami hasrat dan kehendak ahli Umno dan rakyat. Saya yakin kelemahan dan kedegilan memahami hasrat rakyat ini akan dihukum oleh ahli Umno akar umbi pada Persidangan Mesyuarat Umno Bahagian atau pada persidangan Umno peringkat Pusat Disember ini.
Adalah tidak mengejutkan jika Pak Lah gagal mendapat pencalonan yang banyak pada persidangan Umno bahagian yang akan bermula tidak lagi.
Ini kerana Najib sudah tentu masih tidak berpuashati dengan langkah bertukar jawatan hari ini selagi beliau tidak diberikan jawatan Perdana Menteri. Begitu juga Pak Lah kena sedar di sana bukan sahaja Najib yang menjadi duri dalam dagingnya tetapi Muhyiddin, Ku Li dan Mahathir sentiasa mencari peluang untuk memalukan beliau.

Comments
Pertama ada kemungkinan Pak Lah tidak mahu Najib memperalatkan tentera untuk mengambil alih kuasa politik dari Pak Lah lebih awal dari pelan peralihan kuasa.
Kedua, kemungkinan Pak Lah akan menggunakan kuasa tentera bagi mengatasi keadaan politik negara yang semakin gawat dan semakin tidak stabil sekarang ini, berikutan beberapa parti politik komponen BN mula hendak keluar dari BN.
Pemerintahan tentera juga boleh digunakan bagi menghalang Pakatan Rakyat dapat memerintah melalui wakil parlimen BN yang melompat.