TOLONGLAH PAK LAH JANGAN BERTINDAK ZALIM KEPADA ANWAR

'Warning' oleh Pak Lah semalam seolah-olah membayangkan suatu tindakan tradisional akan diambil oleh kerajaan BN untuk menyekat kemaraan PR. Seperti posting saya sebelum ini bahawa kenyataan Pak Lah ini seolah-olah meng'justify'kan bahawa tindakan akan diambil ke atas Anwar Ibrahim.

Malah kemungkinan besar tindakan 'tradisional' terhadap musuh politik BN akan sekali lagi digunakan untuk menyelamatkan BN dari hilang kuasa dalam jangkamasa terdekat. Apakah tindakan tersebut? ......eeeeem tidak perlu saya nyatakan tuan-puan dan orang kampung semua sudah tahuuuuuu.....

Saya merayu kepada Pak Lah supaya bertindak secara waras demi masa depan agama, bangsa dan negara. Jangan ikutkan nafsu dan kepentingan diri. Sekarang ini tindakan tradisional tersebut bukan sahaja ditentang oleh rakyat tetapi juga anggota kabinet hang juga.

Ada beberapa SEBAB dan ALASAN yang saya ingin utarakan bahawa akta drakonian dan rimba ini tidak wajar dan tidak patut dikenakan kepada Ketua Pembangkang :-

1) Anwar bukannya mewakili dirinya tetapi mewakili Pakatan Rakyat dan majoriti rakyat.Maka misi dan visi beliau adalah misi Pakatan Rakyat dan rakyat.

2) Masalah ekonomi negara kita sekarang bukannya disebabkan tindakan Anwar tetapi kelemahan dan kelembapan kerajaan BN serta juga masalah ekonomi global.

3) Ancaman kepada keselamatan negara memang tidak masuk akal kerana tidak satu pun rusuhan, demonstrasi, jenayah dan sebagainya yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat dan Anwar sendiri sejak sebulan dua ini.

4) Pakatan Rakyat sering mengadakan program maupun perhimpunan dengan mengikut saluran undang-undang contohnya majlis sambutan Hari Malaysia 15 September lalu dibuat dengan kebenaran Polis.

5) Tindakan keatas Ketua Pembangkang akan memburukkan lagi imej Malaysia di mata dunia dan dengan sendirinya akan menyebabkan pelabur lari dan pelabur baru tidak mahu melabur di Malaysia.

6) Peralihan kuasa adalah perkara biasa di mana di negara-negara lain umpamanya Thailand dan Jepun Perdana Menteri dan Kabinet sering bertukar dalam masa setahun. Namun negara-negara tersebut mempunyai kekuatan ekonomi yang jauh lebih hebat dari Malaysia.

7) Rakyat sudah cerdik dan celik dengan sepak terajang politik sebagaimana yang diterjemahkan pada 8 Mac 2008 dan 26 Ogos 2006 pada pilihanraya Umum dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Saya yakin jika tindakan di ambil ke atas Anwar sudah tentu BN akan dimalukan dengan lebih teruk pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

8) Peralian kuasa sepatutnya tidak dikaitkan dengan masalah keselamatan dan ekonomi kerana ianya dibenarkan oleh perlembagaan dan Pakatan Rakyat sendiri berulang kali berjanji ianya akan dilaksanakan mengikut perlembagaan dan lunas-lunas perundangan serta demokrasi.

9) Akta drakonian ini bercanggah dengan Hak Asasi Manusia dan Islam itu sendiri. Tak tahukah pula saya kalau Islam Hadhari menggalakkan penggunaan akta ini.

10) Akta ini sudah lapuk dan tujuan ianya diujudkan adalah untuk menangani masalah komunis dan subversif bukannya untuk menahan dan memenjarakan musuh politik kerajaan.

Andaikata Anwar benar-benar bersalah hadapkan beliau di mahkamah dengan akta-akta yang ada seperti akta hasutan dan sebagainya supaya beliau boleh membela diri sebagaimana yang dibenarkan di dalam Islam. Iaitu seseorang yang dituduh TIDAK BERSALAH selagi si tertuduh TIDAK DIBUKTIKAN BERSALAH di Mahkamah.

Saya merayu pada bulan baik dan hari baik ini supaya janganlah kita angkuh dengan kekuasaan kita kerana di sana ada Yang Lebih BERKUASA iaitu ALLAH S.W.T. .

Hukumlah sekuasa kamu dapat menghukum, tetapi ianya hanyalah di atas dunia kerana hukuman Allah di akhirat lebih adil dan telus lagi saksama. Tidak takutkah kita kepada hukuman Allah.????

Comments