TERESA KOK DIBEBASKAN DARI KEZALIMAN ISA ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan BN membebaskan Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor, Teresa jam 1.00 petang tadi. Beliau dibebaskan setelah ditahan selama seminggu di bahwah akta zalim ISA.

Beliau berada di balai polis berkenaan selama 40 minit untuk proses urusan pembebasan sebelum keluar bersama ibu bapanya, peguamnya Sankara Nair dan pembantunya Mandy Ooi.

Penahanan yang ditentang habis-habisan oleh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik. Turut menyatakan bantahan selain dari Pakatan Rakyat ialah anggota kabinet Pak Lah sendiri iaitu Zaid Ibraim yang kemudiannya meletakkan jawatan membantah penggunaan ISA keatas Teresa, Raja Petra dan Wartawan Sin Chiew Daily, Tan Hoon Cheng.

Tersa ditahan bawah ISA menjelang tengah malam Jumaat lepas.

Tan dibebaskan Sabtu lepas, sementara Raja Petra masih ditahan.

Teresa, yang juga ahli Parlimen Seputeh, ditangkap kira-kira jam 11.18 malam Jumaat lalu ketika pulang daripada menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur.

Teresa yang setiausaha organisasi kebangsaan DAP, ditahan selepas kenderaan yang dinaikinya dihalang oleh tiga kereta peronda polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan penahanan Teresa mengikut Seksyen 73 (1) ISA.

Menurut pemimpin utama DAP Lim Kit Siang, tiga kereta polis bersama 10 anggota menahan Teresa di pintu masuk kondominiumnya.

Katanya, Teresa baru pulang daripada menghadiri satu majlis festival kuih bulan di pejabatnya di kawasan pilihanrayanya.

Teresa ditahan untuk siasatan berhubung tuduhan melarang laungan azan di dua masjid, penggunaan tulisan jawi pada papan tanda dan laporan polis terhadapnya oleh beberapa pertubuhan Islam, termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Apa menariknya Khir Toyo yang membangkitkan isu ini di Utusan Meloya dan suratkhabar tersebut langsung tidak diusik oleh Polis. Inilah sikap 'double' standard yang diamalkan oleh kerajaan BN yang sedang berada di hujung nyawa.

Pembebasan Teresa Kok hari ini disifatkan sebagai tindakan luar biasa kerana kebiasaannya kerajaan BN yang zalim ini susah benar hendak membebaskan tahanan ISA sebelum ini. Sehingga ada tahanan yang hendak menziarahi keluarga terdekat meninggalkan pun dilengah-lengahkan.

Comments

Awang Kata said…
Bebas daripada ISA tidak bererti bebas daripada keceloparannya kepada bangsa Melayu kerana menghina hak bahasa Melayu tulisan Jawi. Bukan tempatnya untuk beliau menonjolkan bahasa tulisan imigran. Negara ini sewajarnya bercitrakan bangsa Melayu bukannya bangsa asing. Walaupun majmuk dan kepelbagaian tidaklah sampai menjadi kecamuk dan ketidaktahuan.