SIAPA BUDAK SURUHAN AMERIKA SEBENARNYA?, PEMBOHONGAN YANG DIULANG-ULANG ~ Ref Malaysiakini

Akhbar pembodek BN Utusan Meloya dipergunakan oleh kerajaan BN untuk terus memfitnah dan menuduh Anwar sebagai budak suruhan Amerika. Hari ini sekali lagi akhbar yang tidak pernah serik itu memuatkan tajuk berita berbunyi Amerika Perguna Anwar. Tujuan mereka memnainkan isu ini tidak lain tidak bukan untuk menimbulkan keraguan di kalangan rakyat dan ahli-ahli parlimen supaya tidak menyokong Anwar.

Dalam laporan Utusan Meloya itu, Wisma Putra dikatakan memperoleh maklumat bahawa ada pihak tertentu dari Amerika Syarikat (AS) mempergunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkotak-katikkan dan menghuru-harakan Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pihaknya dimaklumkan ada rancangan daripada pihak tertentu di AS untuk memastikan Anwar menjadi pemimpin hadapan bagi memudahkan kepentingan negara itu ‘masuk’ ke Malaysia.

Tuduhan Anwar agen Amerika dan Agen Yahudi sudah dimainkan sejak dahulu, kini dan selamanya. Taktik dan strategi tradisional ini walaupun terbukti tidak berkesan namun masih juga digunakan oleh mereka kerana mereka tahu inilah sahaja antara senjata yang agak berkesan jika dibandingkan senjata lain. Mereka ini sebenarnya tidak sedar bahawa rakyat tidak termakan dengan hasutan dan pembohongan ini kerana itulah Pakatan Rakyat menang besar pada pilihanraya umum lalu dan pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Siapa sebenarnya Budak Suruhan Amerika?

Budak suruhan dan agen Amerika bukannya Anwar tetapi kerajaan BN sekaranglah sebenarnya Agen Amerika.

Saya berkata demikian kerana beberapa sebab dan dalil :-

1) Tunduk dan patuh dengan kehendak Amerika dengan menangkap puluhan rakyat sendiri atas tuduhan menjadi ahli JI dan KMM. Sehingga sekarang ada dikalangan mereka masih ditahan di Kamunting. Mereka tidak pernah dibicarakan.

2) Tunduk kepada mereka dalam program FTA (Saya kurang pasti apa status FTA sekarang).

3) Takut untuk bertindak dengan lebih berkesan terhadap Israel walaupun suatu ketika dahulu menjadi Pengerusi OIC. Ini kerana Israel adalah Anak Emas Amerika.

4) Tidak pernah sekalipun menghantar bantahan kepada Amerika dalam isu-isu berkaitan nuklear Iran, isu Palestine, penaklukan di Iraq dan Afghanistan sedangkan sepatutnya Malaysia membantah sekeras-kerasnya peranan Amerika dalam isu-isu tersebut.

Jadi tidak syak lagi bahawa tuduhan terhadap Anwar tidak mempunya bukti kukuh sedangkan kerajaan BN lah sebenarnya yang merupakan Budak Suruhan Amerika sejak dari dahulu lagi.

Comments