SABAR DULU, LAMBAT LAUN KITA TAHU SIAPA BERANGAN SIAPA GIGIT JARI ~ Ref Malaysiakini

Dalam keadaan cemas, kusut dan tidak ceria Perdana Menteri yang akan pencen Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau mempunyai senarai 31 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat menyertai pakatan pembangkang sebagai satu permainan politik Anwar untuk menjejaskan kestabilan politik negara ini.

Pak Lah berkata beliau tidak fikir Anwar mempunyai nama-nama itu. Katanya, kalau Anwar ada senarai (31) nama, dia boleh bagi tahu, biar semua rakyat tahu, biar semua pengundi tahu apa yang telah dia lakukan kepada wakil rakyat mereka.

Perdana Menteri juga memberitahu, gimik peralihan kuasa 16 September adalah permainan politik Anwar untuk mencetuskan satu keadaan yang tidak baik kepada rakyat bagi membuatkan negara seolah-olah tidak mempunyai kestabilan politik.

Nampak jelas Pak Lah berada dalam keadaan cemas, takut dan bimbang sehingga mukanya tidak langsung ceria dan tidak senyum seperti biasa.

Untuk rakyat Malaysia dan tetamu semua, saya ingin nyatakan di sini bahawa Pakatan Rakyat bukan tidak cerdik dan lembap macam Pak Lah sehingga dipermainkan oleh anak buahnya dalam Umno.

PR tidak mungkin menamakan ahli-ahli Parlimen itu secara mudah sedangkan BN yang terkenal dengan kejahatan boleh mengugut, mengumpan dan mengambil apa sahaja tindakan yang sesuai untuk dikenakan kepada ahli parlimen terbabit.

Semua orang tahu siapa kerajaan BN dan pemimpin BN. Mereka sanggup melakukan kezaliman asalkan matlamat mereka menggagalkan penubuhan kerajaan baru ini gagal.

Siapa yang punya angkara kalau bukan BN yang membunuh rakyat yang tidak berdosa di Memali, siapa yang punya angkara membunuh Datuk Taha di Gemencheh kalau bukan kerana politik, siapa yang punya angkara menangkap pemimpin-pemimpin PAS dan DAP disumbat di dalam penjara ISA, siapa yang punya angkara mengugut, menukar dan menganaktirikan pekerja sektor awam yang menyokong Pakatan Rakyat kalau bukan Kerajaan BN dan pemimpin BN.

Apakah Pakatan Rakyat begitu bodoh untuk menurut apa yang Pak Lah mahukan iaitu memberikan nama-nama ahli-ahli parlimen BN yang berhijrah kepada PR jika tidak ada jaminan mereka tidak dikenakan apa-apa tindakan. Saya yakin pimpinan PR akan mengambil langkah yang betul dan selamat bagi memastikan penubuhan kerajaan ini.

Kepada Pak Lah dan BN jadilah manusia yang berfikiran waras, terbuka dan berjiwa besar. Jadilah seorang negarawan yang sanggup meletakkan kepentingan negara dan rakyat mengatasi kepentingan diri dan kerajaan 3 beranak.

Bagi rakyat Malaysia saya harap kita boleh bersabar dengan kerenah dan fitnah BN dalam sedikit masa lagi. Insya Allah selepas ini kita akan tahu SIAPA BERANGAN-ANGAN DAN SIAPA YANG AKAN GIGIT JARI.

Comments