RAYUANKU KEPADA KETUA MENTERI MELAKA ~ Ref Malaysiakini

Saya sebagai salah seorang penduduk Melaka amat berharap YAB Datuk Seri mempertimbangkan rayuan saya sempena Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Saya membuat rayuan ini kerana berasa terpanggil untuk sama-sama mengambil bahagian menyelamatkan negeri Melaka yang ditadbir oleh YAB Datuk Seri yang saya lihat semakin menyimpang jauh dari agama Islam dan dari sehari ke sehari semakin banyak maksiat dan pembaziran berlaku :-

SAYA MERAYU :-

1) Tutuplah semua Hotel-Hotel murah di seluruh negeri Melaka yang menjalankan kegiatan pelacuran sejak berpuluh-puluh tahun lalu. Sudah banyak kali serbuan dibuat oleh JAIM tetapi Hotel ini tetap menjalankan operasi maksiatnya. Tarik balik lesen premis, potong air dan talian elektriknya. Susah sangat ke YAB Datuk Seri untuk menutupnya?

2) Tarik balik semua lesen premis pusat dangdut, kelab malam, karaoke, Pub, Bar dan sebagainya yang menjadi antara punca berlaku maksiat. YAB Datuk Seri tentu tahu bahawa sebahagian besar pekerja pusat-pusat ini adalah melayu. YAB tidak malu ke apabila anak-anak muda Melayu ini melayan orang lain, tidak terhina ke bangsa Datuk Seri sendiri dengan keadaan ini?

3) Hentikan serta merta semua program maksiat seperti konsert, pesta nyanyian, karaoke dan sebagainya yang jelas menjadi tempat berlakunya pergaulan bebas yang akhirnya menyebabkan berlakunya pergaulan bebas antara muda-mudi remaja. Tidakkah YAB Datuk Seri risau dan bimbang dengan hamil luar nikah berjumlah 199 kes sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini dan sebanyak 399 kes dikesan oleh JAIM.?

4) Tarik balik semua lesen premis perjudian yang terdapat di semua tempat seluruh negeri Melaka sehingga Melaka boleh dikategorikan sebagai Melaka Darul Judi dan Maksiat.

5) Hentikan semua program membazir seperti pemindahan Eye On Malaysia ke Melaka dan lain-lain. Gunakan wang tersebut untuk membantu rakyat yang semakin terhimpit dengan kenaikan harga minyak dan barangan.

6) Hentikan semua tekanan dan diskriminasi kepada Pakatan Rakyat kerana sebelum ini poster-poster ceramah, bendera, banner dan sebagainya sering dikoyak, dicabut dan 'dicuri' oleh orang-orang tertentu hatta di markas atau pejabat parti sekalipun.

7) Hentikan semua amalan kronisme dan nepotisme di dalam pembahagian projek dan kontrak kerajaan negeri dan agensi-agensi kerajaan kerana negeri ini bukan Umno atau BN punya. Negeri ini adalah rakyat punya, semua rakyat membayar cukai.

8) Hentikan semua amalan kronisme dalam pengambilan kakitangan baru kerajaan negeri dan agensi-agensi kerajaan negeri kerana sebelum hanya ahli-ahli Umno sahaja yang diterima bekerja.

9) Imarahkan lagi masjid dengan program-program kuliah, tazkirah, diskusi, forum dan sebagainya demi untuk mentarbiahkan rakyat agar kembali kepada Islam.

10) Hentikan amalan diskriminasi kepada Ustaz-ustaz tertentu yang dilabelkan sebagai pembangkang sehingga tidak dibenarkan mengajar di masjid-masjid. Sedangkan ustaz-ustaz adalah lulusan Al-Azhar, IPTA dan sebagainya. Akibat amalan ini akhirnya masjid menjadi sunyi sepi dan anak-anak muda semakin menjauhi masjid kerana program-program tidak menarik minat anak kariah terutama muda-mudi. Contohnya Kuliahnya berkisar tentang Haid Nifas dan ilmu-ilmu yang diajar sejak puluhan tahun. Tiada ilmu-ilmu baru diajar.

11) Bebaskan institusi masjid dan surau dari politik kerana sekarang ini semua Pengerusi Masjid adalah pimpinan Umno cawangan dan JKKK. Ini menyebabkan ada Pengerusi Masjid yang tidak berjemaah di masjid, datang sekali-sekala dan lebih teruk lagi ada pengerusi masjid akhlaq dan amalan Islamnya dipertikaikan anak kariah.

12) Bebaskan JKKK dari politik kerana ini menyebabkan perpecahan di kampung-kampung. Sekarang ini semua Pengerusi dan AJK JKKK semuanya pimpinan dan ahli Umno. Adakah kampung-kampung ini Umno/BN punya??

13) Selamatkan muda-mudi dinegeri ini yang semakin liar dan menjauhi agama. Jangan lalaikan mereka dengan program-program maksiat dan 'lagho' yang sebelum ini digalakkan oleh kerajaan negeri seperti Pesta-pesta, Sure Heboh, Konsert yang menggalakkan dan membiarkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Banyak lagi sebenarnya Datuk Seri ....lain kali saya tulis lagi.

Tolonglah YAB Datuk Seri jangan jadikan negeri ini negeri Umno/BN punya. Jangan jadikan negeri harta pusaka Umno/BN. Adakah YAB Datuk Seri tidak takut HUKUM ALLAH dan SOALAN ALLAH kerana kita semua akan mati dan MENGADAP ALLAH. Segala amalan kita di dunia walau sekecil mana pun akan ditanya oleh ALLAH hatta sebesar atom pun.

Bukan tujuan saya untuk mengajar YAB Datuk Seri kerana saya yakin ilmu agama YAB Datuk Seri setanding atau lebih hebat dari Ulama' seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Prof. Dr Haron Din. Tujuan saya hanya sekadar ingat mengingati antara kita terutama bulan RAMADHAN AL MUBARAQ ini.

Sekali lagi saya merayu YAB Datuk Seri agar mempertimbangkan rayuan saya ini. Terima Kasih dan Selamat Berpuasa.

Yang Benar

Amat Alang
Batu Berendam

Comments

wak segen said…
Salam,
Saya penduduk Selangor di bawah kerajaan PR. EXCO Agama, Datuk Hassan Ali. (PAS).
Semua tempat2 maksiat dan amalan2 yang Tuan sebutkan dalam posting ini sedang wujud di Selangor dan boley di katakan 5 kali ganda lebih besar lagi .Salepas 6 bulan kerajaan PR memerintah tiada apa perubahan yang ketara. Malahan akan di tambah lagi dengan projek babi yang mega.
Sila bagi cadangan bagaimana rakyat negeri saperti saya dapat memberikan rayuan yang berkesan.
(Saya rasa komen ini tidak akan disiarkan tetapi memadailah di baca Tuan blog ini sendiri)
lleekh said…
Perkembangan ekonomi dan sosial negara mencalar fabrik masyarakat. Jadi wujudlah aktiviti dan perbuatan yang susah diterima dari kacamata nilai-nilai lama. Jika nak buang dan tutup semua ini adakah cadangan-cadangan untuk membantu mereka yang akan hilang kerja? Bagaimana nak isi perut mereka dan ahli keluarga? Jika bisui tumbuh atas pungung potong pungung? Nak duk atas apa? Senang untuk menyalah pelacur tetapi adakah anda fikir..mereka ni buat kerja serupa itu kerana apa?
Lebih sesuai jika anda minta KM Melaka beri AP Kereta kepada tiap pelacur..1 tahun 1 sudah pun memboleh mereka tinggalkan kerja pelacuran!
Ikrak said…
Your "rayuan" has no meaning since that corrupt UMNO guy is benefiting from all these rubbish.