RAKYAT TIDAK PERCAYA APA PAK LAH CAKAP? ~ Ref Malaysiakini

Semenjak rakyat dibohongi oleh Pak Lah 2 kali dengan peristiwa besar tidak lama dulu iaitu pertama tarikh pembubaran parlimen dan kedua tarikh kenaikan harga minyak rakyat Malaysia seolah-olah begitu susah untuk menerima apa yang Pak Lah cakapkan.

Dua hari lepas dan hari ini Pak Lah membuat beberapa kenyataan atau ulasan tentang tindakan Anwar iaitu berkaitan peralihan kuasa.

Di bawah ini saya nyatakan beberapa kenyataan Pak Lah :-

1) Pak Lah berkata Anwar bohong surat yang dihantar oleh Anwar pada 15 Sept untuk berjumpa Pak Lah tidak dinyatakan bertujuan untuk membincangkan tentang peralihan kuasa.

2) Pak Lah berkata surat yang dihantar oleh Anwar kepadanya semalam (18 Sept) bukan dalam bentuk surat tetapi kenyataan akhbar

3) Pak Lah berkata beliau tidak mempunyai rancangan untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) "terhadap Anwar atau sesiapapun".

Apakah Pak Lah berkata benar atau berbohong lagi tentang 3 perkara di atas, saya pun tidak tahu jawapannya tetapi tuan-tuan boleh membuat penilaian sendiri dengan melihat kepada keadaan dan juga rekod lama Pak Lah. Yang pasti benar atau bohong cakapnya akan terserlah suatu masa nanti.

Comments