POLIS TIDAK HORMATI RAMADHAN ~ Ref Malaysiakini

Mengapa Polis tidak menggunakan budi bicara mereka untuk membenarkan ceramah agama Badar Al Qubra diadakan di Butterworth semalam, sedangkan Polis tidak pernah pula bertindak menghalang konsert yang jelas haram di sisi Islam di serata Malaysia pada masa-masa lalu.

Apakah Polis tidak kenal bulan Ramadhan, bulan yang mulia untuk orang Islam beribadah.

Mengapa Polis tidak menghormati Ramadhan, bulan mulia bulan yang dinantikan oleh seluruh umat Islam.?

Saya sedih membaca laporan Harakahdaily bahawa polis menangkap dan mendesak agar ceramah memperingati Badar Al-Qubra' anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang di Dewan Putra Merdeka, Butterworth dihentikan semalam.

Negara kita yang agama resminya Islam, tetapi pada masa yang sama menghalang syiar Islam diamalkan seperti ceramah yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang ini.

Bagi saya tindakan ini sungguh biadap dan mencemarkan bulan Ramadhan.

Saya amat bersetuju dengan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Noordin yang menyifatkan tindakan itu juga mengambarkan polis masih mengamalkan sikap 'kuno' dan tidak profesional berhadapan dengan situasi berkenaan.

Saya mengharap tindakan seumpama ini tidak akan diulangi oleh Polis. Sepatutnya mereka boleh menggunakan budi bicara dalam menangani masalah ini bukannya bertindak ganas dan biadap seperti itu yang akhirnya menjejaskan nama baik dan imej polis yang sudah sedia tercalar dengan insiden-insiden sebelum ini.

Gambar dan sumber berita : Harakahdaily.

Comments

Ya Allah Semoga Allah Memberi balasan terhadap mereka yang menghalang urusan agammu Ya Allah ..hancurkan mereka ya Allah ...
Nordin said…
Kita kena faham, tuhan besar polis adalah ketua mereka. Kalau ketua mereka kata tangkap, maka mereka akan tangkap. Undang-undang, akhlak dan tatasusila tidak penting bagi mereka. Arahan boss adalah perintah yang tidak boleh dicabar. Tuhan dan agama pun kena tunduk pada perintah ketua mereka.