Dewan Pemuda PAS memang sentiasa peka dengan masalah dan penderitaan rakyat. Umpamanya dalam isu harga minyak hari ini sekali lagi Pemuda PAS melalui Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menggesa keraajaan BN (Barang Naik) menurunkan harga minyak serta merta.
Malangnya di saat Pemuda PAS menggesa kerajaan turunkan harga minyak, Pemuda Umno pula naik minyak asyik berperang sesama sendiri akibat berebut kuasa pada kempen pemilihan yang sedang rancak sekarang. Mereka sudah tidak kisah akan penderitaaan dan kesengsaraan rakyat.
Hari ini Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak kerajaan menurunkan serta merta harga minyak petrol dan diesel di pasaran ekoran penurunan besar harganya sejak minggu keempat bulan Julai lalu.
Ketuanya, Kamaruzaman Mohamad berkata, perkara itu dinyatakan dalam laporan Pentadbiran Maklumat Tenaga, yang merupakan agensi tenaga dari Amerika.
Menurutnya, pada 5 Julai lalu, kerajaan telah menaikkan harga petrol sebanyak 78 sen menjadi RM2.70 seliter) dan diesel sebanyak RM1 menjadi RM2.58 seliter.
"Pada ketika itu harga minyak dunia adalah sekitar AS$126.06 setong dan pada 6 Jun ia jatuh kepada AS$121.36 setong.
"Dari tempoh itu hinggalah ke hari ini, harga minyak dunia yang tertinggi direkodkan pada minggu pertama bulan Julai sebanyak AS$$137.11 dan kemudiannya menurun hingga sekarang," katanya.
Bagaimanapun, kata Kamaruzaman, kerajaan hanya menurunkan harga minyak petrol sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter pada 23 Ogos lalu.
Manakala harga diesel pula, katanya, diturunkan sebanyak 8 sen kepada RM2.50 pada 23 Ogos 2008.
"Walaubagaimana pun penurunan itu belum cukup buat rakyat," kata Kamaruzaman dalam satu kenyataan.
Desak turun harga
Menurutnya, berdasarkan statistik semasa, harga minyak pada minggu pertama bulan September adalah AS$$106.41 setong dan pada minggu kedua bulan September AS$98.53 setong.
"Harga terkini yang dilaporkan sejak awal bulan Ogos 2008 sebenarnya adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan harga semasa kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak yang berkuatkuasa pada 5 Jun 2008.
"Jika mengikut harga minyak dunia sekarang, kerajaan Malaysia sewajarnya menurunkan harga minyak sekurang-kurangnya kepada RM1.92 seliter, iaitu harga asal sebelum dinaikkan pada 5 Jun," tambahnya.
Kamaruzaman berkata, Pemuda PAS Wilayah juga akan menghantar memorandum kepada menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna (KPDHED) pada minggu depan sekiranya kerajaan tidak menurunkan harga minyak.
"Seharusnya kerajaan mengambil langkah segera dan menteri menteri KPDHEP tidak seharusnya mempermainkan rakyat dengan mewar-warkan akan menurunkan harga minyak tanpa adanya sebarang perlaksanaan segera.
"Pemuda PAS Wilayah mengecam tindakan itu kerana dilihat cuba mengambil kesempatan politik walhal ketika menaikkan harga minyak Jun lalu Kerajaan bertindak secara mengejut tanpa memberikan gambaran awal pada rakyat," katanya.
Oleh itu, tegas Kamaruzaman, Pemuda PAS Wilayah mendesak kerajaan menurunkan harga minyak serta merta bagi meringankan beban rakyat.

Comments