PEKERJA KILANG INFINEON PIKET TAK PUAS HATI PADA MAJIKAN ~ Ref Malaysiakini

Pekerja-pekerja Kilang Infineon di kawasan Perindustrian Batu Berendam,Melaka sedang berpiket sekarang membantah pembuangan 30 orang rakan-rakan mereka yang dibuang kerja tanpa sebab munasabah.

Seorang pekerja yang tidak mahu namanya disiarkan melaporkan bahawa kira-kira 500 pekerja sedang berpiket menuntut majikan mereka menjelaskan mengapa rakan-rakan mereka dibuang kerja dan meminta mereka yang terlibat diambil semula bekerja seperti biasa.

Comments