Pakar undang-undang seluruh negara menolak ISA yang zalim dan tidak bertamadun. Cuma pemimpin Umno sahaja yang suka dan cinta kepada ISA kerana ISA sering menjadi penolong kepada mereka untuk mengukuhkan Umno dan mempertahankan mereka dari musuh politik mereka.
Umno sedikitpun tidak merasa bersalah memenjarakan tahanan tanpa bicara.
Kalau pakar-pakar undang-undang pun menolak ISA sudah tentu disana terdapat sebab yang konkrit dan nyata mengapa kita yang bukan 'lawyer' (kita hanya loyar buruk) ini mati-mati ingin mempertahankan ISA yang zalim dan tidak berperikemanusiaan ini.
Hari ini Badan Peguam Malaysia meminta kerajaan segera membebaskan dengan tanpa syarat semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Badan itu, dalam mesyuarat agung luar biasanya, yang dihadiri oleh 739 anggota, menerima resolusi yang menggesa pembebasan lebih 60 tahanan ISA serta lebih 2,000 tahanan yang ditahan mengikut pelbagai undang-undang pencegahan, sama ada dibebaskan atau didakwa di mahkamah.
Kini semua lapisan masyarakat tidak kira orang awam, penjawat awam, menteri, wakil rakyat, buruh, petani dan sebagai menentang ISA. Mengapa kerajaan BN masih sayangkan ISA yang lapuk dan tidak bertamadun itu.

Comments