PAK LAH TERPAKSA UNDUR UNTUK SELAMATKAN KERAJAAN BN ~ Ref Malaysiakini

Akhbar The Star hari ini melaporkan bahawa beberapa Ahli MT secara terang-terang mencadangkan kepada Pak Lah supaya meletakkan jawatan sebelum 9 Oktober iaitu tarikh bermulanya Mesyuarat Agung Bahagian-bahagian Umno. Mereka mencadangkan perkara itu untuk mengelakkan Pak Lah dimalukan oleh ahli-ahli akar umbi kerana mungkin gagal untuk melepasi kouta 58 pencalonan untuk jawatan Presiden.

MT yang bercakap sedemikian dalam meeting itu semalam antaranya ialah Hishamuddin Hussein, Rafidah, Shafei Afdal dan Muhyiddin Hussin.

Rafidah dengan tegas berkata bahawa beliau mendapat maklumat bahawa Wanita Umno Bahagian memberitahunya bahawa Pak Lah kemungkinan besar tidak mampu untuk melepasi kouta 58 pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden.

Seorang sahaja yang bercakap membodek Pak Lah supaya jangan undur iaitu Pangliman Kelantan yang sudah hilang taringnya iaitu Annuar Musa.

Saya menjangkakan inilah saat yang begitu sukar bagi Pak Lah kerana beliau ditekan dari dalam dan luar partinya sendiri. Besar kemungkinan Pak Lah akan 'cabut lari' kali ini dari kerusi Presiden Umno dan Perdana Menteri. Mungkin lari ikut pintu belakang kerana malu dengan penolakan orang yang pernah membodek beliau sebelum ini.

Hanya satu sahaja sebab mengapa beliau tidak cabut lari iaitu terpaksa memikirkan masa depan politik menantunya iaitu Khairy Jamaluddin. Malah saya yakin Khairy tidak akan membenarkan Pak Lah berhenti kerana andainya Pak Lah cabut lari bermakna tercabut lah kekuatan Khairy dan besar kemungkinan Khairy akan hilang 'deposit' pada pemilihan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno nanti.

Mahu tidak mahu Khairy akan tetap mempertahankan supaya Pak Lah kekal. Sudah tentu Khairy akan mencari jalan untuk memastikan Pak Lah kekal.

Selain itu tekanan dari Pakatan Rakyat juga menjadi satu sebab lagi mengapa Pak Lah dipaksa cabut lari oleh orang bawahannya. Sudah tentu mereka memberikan alasan yang hanya satu cara sahaja untuk menyelamatkan kerajaan BN iaitu Pak Lah mesti letak jawatan. Jika Pak Lah letak jawatan mungkin ahli parlimen BN tidak jadi berhijrah kepada Pakatan Rakyat. Mungkin itu salah satu senjata yang digunakan oleh mereka untuk memaksa Pak Lah undur.

Malah inilah juga senjata yang digunakan oleh Pak Lah untuk memaksa Dr Mahathir turun 'takhta' dulu, iaitu jika Mahathir tak turun BN akan tewas pada pilihanraya umum 2004 dulu.

Nampaknya senjata ini akan mengena lagi kali ini iaitu Pak Lah pula yang terkena 'sumpahan' ini. Lain kali orang lain pula yang kena.

Comments