Walau apa pun alasan Anwar dan Pakatan Rakyat, Perdana Menteri, Abdullah Badawi sudah pasti tidak akan tunduk kepada sebarang gesaan dan permintaan tersebut.
Sehingga sudah dua pemintaan dikemukakan oleh PR iaitu mengadakan pertemuan dengan Anwar dan yang keduanya memanggil sidang tergempar Parlimen. Bagi saya PR tidak perlu membuang masa untuk merayu dan menggesa Pak Lah kerana sampai bila pun Pak Lah tidak akan bangun dari 'tidur'nya yang dibuat-buat itu.
PR mesti menggunakan 'step' seterusnya seperti dirancang. Kini rakyat masih tertanya-tanya langkah seterusnya yang mungkin hanya diketahui selepas 'tarikh tutup' surat Anwar kepada Pak Lah iaitu pada 23 September.
Seperti yang saya postingkan sebelum ini penantian suatu penyiksaan, kepastian suatu penawar dalam suka dan duka yang meniti hidup rakyat yang amat mengharapkan perubahan.
Kini saya mengharapkan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong memahami hasrat dan doa hamba rakyat yang sebenarnya amat tertekan di bawah pemerintahan BN. Hanya baginda yang menjadi harapan kami rakyat jelata yang 'sahya' ini.
Harapan agar Tuanku dapat menjadikan Ramadhan dan Syawal sebagai yang paling manis dalam hidup kami sepanjang hayat. Rakyat yakin kerajaan PR yang akan dibentuk nanti juga akan menyemarakkan lagi institusi kesultanan di negara kita yang telah diragut keistimewaannya semasa pemerintahan BN di bawah Dr Mahathir dulu.
Daulat Tuanku.

Comments