Semenjak dua menjak ini bukan sahaja pemuda tampan, anak dara manis yang muak dan mual dengan Pak Lah, malah orang tua ganyut dan nyanyuk pun tidak sudi berketuakan Pak Lah. Pada hal ramai di kalanga mereka adalah sahabat baik dan pembodek Pak Lah suatu ketika dahulu.
Itulah hakikatnya bukan sahaja Pemuda Umno, Puteri Umno malah veteran Umno yakni Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) pun tidak mahu Pak Lah meneruskan khidmatnya selepas Disember ini.
Malangnya Pak Lah masih 'buat dek' dan buat 'tak reti' lagi. Spesis mana asalnya pemimpin 'kesayangan' kita ini kita pun tidak tahu
Kalau orang tua ganyut dan nyanyuk pun dah tidak sudi itu dikira sudah cukup berat dan parah. Biasanya orang tua seperti Mubarak ini sudah tidak hirau keliling kelalang lagi. Tetapi mungkin oleh kerana yakin pentingnya kepimpinan negara ditukar mereka terlupa yang mereka sudah ganyut dan nyanyuk. Syabas Mubarak.
Semalam (Rabu) Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) berpendapat proses peralihan kuasa perlu diadakan secepat mungkin, selewat-lewatnya sebelum perhimpunan agung Umno pada 16 Disember ini bagi mengelakkan pergolakan dalam parti.
Presidennya Abu Zahar Ujang berkata keputusan tersebut dicapai sebulat selepas mendengar pandangan dan rumusan 34 daripada 36 anggota Majlis Tertingginya dalam mesyuarat yang diadakan hari ini. Dua lagi anggotanya tidak dapat hadir.
Keputusan itu berbeza dengan Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya Najib Tun Razak mengenai peralihan kuasa yang dipersetujui kedua-dua mereka diadakan pada Jun 2010.
Menurut Bernama, Abdullah dan Najib hari ini mengulangi komitmen mereka dengan tempoh peralihan kuasa seperti yang ditetapkan sebelum ini.
Kedua-dua mereka juga akan mempertahankan jawatan masing-masing sebagai presiden dan timbalan presiden Umno Disember ini.
Sampai bila agaknya Pak Lah ingin memperbodohkan ahli akar umbi Umno.? Kita harap ahli akar Umbi Umno sedar bahawa Pak Lah ingin mempermainkan mereka sekali lagi dengan memaksa mereka mencalonkan beliau untuk jawatan Presiden Umno pada persidangan mesyuarat bahagian nanti.
Saya mencadangkan kepada semua perwakilan ke mesyuarat agong bahagian-bahagian Umno supaya berfikir secara waras untuk mencalonkan calon Presiden dan Timbalan Presiden. Pak Lah sudah 'expired' Najib pula Yes Man tidak berani menyanggah Pak Lah. Jadi kedua-duaya kena dipencenkan ........carilah calon lain yang lebih baik dan berani!!!!

Comments