MUHYIDDIN MULA MENYESAL KRITIK PAK LAH? ~ Ref Malaysiakini

Saya Naib Presiden Umno, Muhyiddin Yassin mula menyesal kerana menyerang Pak Lah dalam isu pelan peralihan kuasa. Mana tidaknya sangkaan Muhyiddin bahawa Najib yang mengeluarkan kenyataan senada dengannya, akan bertindak sebagai anak jantan akhirnya meleset apabila kembali melutut kepada Pak Lah dan bersetuju supaya pelan itu KEKAL.

Sehari dua ini Pak Lah juga telah memberi amaran supaya isu pelan peralihan 2010 ini tidak dibincangkan lagi merupakan 'tembakan' padu yang cukup menyiksakan Muhyiddin. Malah sebelum itu Pak Lah secara terang-terang melahirkan kekecewaan terhadap Muhyiddin yang menpertikaikan pelan tersebut.

Kini Muhyiddin seolah-olah terkontang-kanting keseorangan tanpa sokongan kerana semua Pak Turut dan Yes Man dalam Umno sudah tentu tidak berani 'menjolok' pelan peralihan yang tidak logik ini.

Semalam Muhyiddin mula membuat helah untuk mengalihkan tumpuan rakyat khususnya orang Umno dengan membesar-besarkan isu yang beliau penyertaan beliau ke dalam Pakatan Rakyat.

Beliau membangkitkan isu bahawa sms menyatakan beliau akan menyertai Anwar menyokong Pakatan Rakyat.

Kepada Muhyiddin tidak perlu berdola-dalik lagi Muhyiddin, kesetiaan kamu telah dipersoalkan oleh Pak Lah dan karier kamu dalam Umno akan di'talkin'kan Disember ini.

Saya mencadangkan kamu keluar dari Umno dan sertai Pakatan Rakyat kerana kamu juga tahu bahawa Umno sudah sesat jauh dari matlamat perjuangan sebenar Umno dan juga menyimpang jauh dari Islam. Malah Umno juga akan karam bila-bila masa.

Jadi apa ditunggu lagi, selamatkan diri kamu sebelum kamu lemas dan dimalukan oleh Pak Lah dan ahli-ahli Umno.

Comments