TAHANAN ISA DILAYAN SEPERTI ANAK AYAM ~ Ref Malaysiakini

Di Malaysia ini manusia dilayan bagaikan anak ayam. Bila-bila masa boleh ditangkap dan dilepaskan. Tidak perlu dibicara atau dihadapkan ke mahkamah tidak seperti zaman kita kecil-kecil dahulu bermain dengan anak ayam. Tangkap dan masukkan di bawah 'tekala' (panggilan orang kampung saya kepada sejenis serkup yang digunakan untuk 'memenjarakan' ayam yang ditangkap) ikut suka aku (ISA).

Saya pun pelik juga antara alasan penangkapan seseorang yang diberikan oleh pihak berkuasa adalah untuk mendapat keterangan mamat atau minah yang ditangkap. Persoalaannya tidak bolehkah minah atau mamat itu dipanggil ke balai polis dan disoalsiasat seperti biasa. Saya yakin mamat dan minah ini akan memberikan kerjasama yang baik kalau dipanggil ke balai, tidak perlulah ditangkap dan dilokap dalam keadaan lokap yang memual dan menjijikkan itu. Malah saya juga yakin selama seminggu mereka disoalsiasat dan dipanggil ke balai mereka akan hadir demi keselamatan negara kononnya.

Atau pihak berkuasa boleh sahaja pergi bertemu dengan mereka kalau setakat untuk mendapat keterangan dan siasatan.

Masalahnya rakyat tertanya wajarkah mereka ini ditangkap dengan keadaan umpama perompak dan penculik datang kerumah mengambil mereka kadang-kadang ditangkap ditengah jalan tanpa memberitahu keluarga mereka dengan kadar segera.

Fikirkanlah .........

Comments