KERAJAAN 3 BERANAK BAKAL JADI ALMARHUM ~ Ref Malaysiakini

Mungkinkah kerajaan 3 beranak bakal jadi Almarhum?. Pasti, tidak pasti, mungkin, tak mungkin, entahlah, itu Anwar punya angan-angan, jangan percaya khabar angin, mimpi di siang hari, gurauan dan macam-macam lagi telahan dan sindiran yang dibuat oleh orang yang menyokong dan tidak menyokong Pakatan Rakyat (PR).

Namun sesiapa pun di kalangan BN yang berani menafikan akan adanya perubahan besar selepas 16 September.

Tetapi Anwar dan orang-orang kuatnya semuanya yakin 200 % ianya akan terjadi. Di pihak PAS ramai pemimpin bercakap dengan berlapik. Sebahagian besar antara mereka seolah-olah yakin namun ada juga yang kelihatan tidak berapa yakin malah ada yang tidak mahu komen.

Hakikatnya mudah saja. Rakyat memang mahukan perubahan dan doa sempena bulan Ramadhan ini Insya Allah akan dimakbulkan Allah S.W.T. Rakyat memang mahukan sebuah kerajaan baru yang telus, bertanggungjawab, berkebajikan dan tidak mengamalkan penyalagunaan kuasa.

Kerajaan 3 beranak diharapkan dapat membungkus semua barang-barang kepunyaan sendiri terutama di Tingkat 4 Putra Jaya. Bungkus siap-siap supaya tidak malu apabila kemungkinan terpaksa mengosongkan pejabat dihadapan pegawai-pegawai sendiri kelak.

Comments

Aapai said…
angan angan mat jenin sahajalah,jangan jatuh dari pokok pinanag sudahlah nanti jadi aruah dalam bulan puasa ini,ingat macam main pondok pondok ke...aaahhkkk...ppphhhuuuiii