Rakan seblogger saya Nuraflah semakin pedas kritikannya kepada Umno dan BN sejak akhir-akhir ini. Mungkin beliau semakin meluat dengan kemungkaran dan kejahatan parti yang sekarang ini sudah berada dalam keadaan tenat dan nazak itu.
Dalam posting semalam beliau menukarkan nama Kelab Penyokong Maya Umno (KPMU) kepada KELAB PENGHASUT MAYA UMNO.
Aflah berperi dalam postingnya seperti dibawah :-
“Orang KPMU marah ke dengan tajuk tu? Kalau marah, pegi makan rumput!”
Itulah ayat yang terkeluar dari mulut ahli UMNO yang semeja dengan saya sewaktu majlis berbuka puasa tadi. Berbulu betul dia dengan artikel-artikel yang dipaparkan di KPMU.net.
Apa tidaknya, jenuh dia nak menjawab dengan kengkawannya yang bukan ahli UMNO kerana dia bukan jenis manusia yang suka hentam peribadi orang ikut suka mak bapak dia. Kengkawannya ada yang dari MCA dan MIC dan juga bukan MCA dan MIC.
Pada saya, bahasanya memang kasar tapi hatinya baik. Saya lebih suka berkawan dengan orang macam dia daripada berkawan dengan orang yang bahasanya lembut tapi hatinya busuk macam bangkai tikus.
Mulanya gini. Dia bercerita tentang isu peralihan kuasa. Dia fikir, apa yang Muhyiddin cadangkan itu sangat baik demi survival UMNO. Najib sendiri pun macam setuju dengan cadangan tu bila Najib kata terserah pada bahagian yang akan bermesyuarat nanti. Respon Najib pada cadangan Muhyiddin tu dah buat Pak Lah tak senang duduk.
“Lepas tu, budak-budak KPMU pergi hentam Muhyiddin ‘kaw-kaw’. Sampai nama Singapura pun jadi modal nak busukkan nama Muhyiddin. Kalau setakat dia hentam Muhyiddin je, aku tak kisah sangat. Tapi kalau Mahathir pun dia hentam macam orang tua tu tak ada jasa langsung kat UMNO, ini sudah lebih!” katanya bersemangat sambil menjeling pada saya yang pernah siarkan artikel tentang Muhyiddin dulu.
“Kalau nak bodek pun, agak-agak lah. Kalau aku sendiri dah meluat dengan KPMU tu, apa lagi orang lain yang bukan ahli UMNO. Aku rasa, tukar je maksud KPMU tu jadi Kelab Pembodek Maya UMNO atau Kelab Penghasut Maya UMNO. Kau pergi tulis apa yang aku cakap ni. Kalau dia orang marah, suruh dia orang makan rumput. Haha..”
Saya tersenyum je bila dia cakap macam tu. Banyak lagi yang dia cakapkan sebenarnya. Tapi cukuplah itu sahaja buat tatapan kita semua. Sekurang-kurangnya kita tahu, tak semua ahli UMNO yang suka dengan KPMU padahal itu adalah media popular UMNO.
“Lepas ni aku nak baca komen dia orang kat blog kau pasal apa yang aku cakapkan ni.”

Comments